ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, February 14, 2011

Pengumunan 07 Februari 2011

Tele Maklumat PERTIS (7 Februari 2011)


Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 7 Februari 2011, bersamaan 4 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah.

1. KEMPEN DERMA DARAH

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Darah Negara akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas pada hari Sabtu, 16 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 19 Februari 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Sokongan moral dan dokongan padu daripada semua ahli atau bukan ahli Persatuan termasuklah kalangan OKU Penglihatan yang bukan beragama Islam serta sanak famili masing-masing amatlah dialu-alukan untuk menyertai program murni ini. Ambil maklum bahawa Pusat Darah Negara Cuma akan datang ke lokasi aktiviti sekiranya bilangan penderma melebihi 30 orang. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir bin Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi Biro di talian, 019-394 1441. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan. Ingatlah bahawa ”setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan sejuta nyawa; seribu dalih dan helah bisa membunuh sejuta insan”.

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1.00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

2.2. Dimaklumkan bahawa bermula 28 Safar 1432 Hijrah bersamaan 2 Februari 2011 Masihi, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia telah mempunyai 3 orang kakitangan baru seperti berikut:-

(I) Puan Syahrul Bariah binti Jaffar – Pembantu Tadbir Pentadbiran.

(II) Puan Siti Fatimah binti Mohamad Ansari – Pembantu Tadbir Kewangan.

(III) Puan Seri Alam binti Mansor – Pembantu Penerbitan Sambilan.

(IV) Sementara itu, Cik Siti Haida binti Hamedan telah bertukar ke Unit Penerbitan dan menyandang jawatan Pembantu Tadbir Braille dan ICT.

2.3. Adalah dimaklumkan juga bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan PERTIS Bil. 1/2011 akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 11 Februari 2011 Masihi bermula jam 3.00 petang. Semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat PERTIS Malaysia akan terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Justeru, semua urusan rasmi perlu diselesaikan sebelum jam 1.00 tengah hari, Jumaat, 11 Februari 2011. Ibu Pejabat PERTIS Malaysia akan dibuka separuh hari bagi membolehkan semua kakitangan menghadiri mesyuarat tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment