ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Tuesday, December 28, 2010

Pengumuman 27 Disember 2010

Telemaklumat PERTIS (27 Disember 2010)

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 27 Disember 2010, bersamaan 21 Muharram 1432.

1. PELUANG DAN GERAI PERNIAGAAN PASAR TANI FAMA

Sukacita dimaklum dan diwar-warkan bahawa Lembaga Pertanian dan Pemasaran Malaysia (FAMA) telah besetuju memperuntukkan gerai pasar tani kepada mana-mana OKU Penglihatan, khususnya ahli-ahli PERTIS yang berminat untuk berniaga. Anda boleh menjalankan apa saja bentuk perniagaan seperti mengurut, menjual barangan termasuklah bermain muzik di pasar tani tersebut. Borang boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia. Borang-borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan dengan kadar segera ke Ibu Pejabat PERTIS Malaysia bagi urusan dan tindakan pihak FAMA selanjutnya. Sekiranya permohonan anda berjaya, barulah anda akan dimaklumkan tentang jumlah bayaran terlibat. Kepada mana-mana ahli yang berminat atau sebarang pertanyaan, bolehlah menghuibungi En. Cr. Mohd Hafiz bin Halim, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PERTIS Malaysia di talian, 013-340 0155.

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS

2.1. Seluruh saf kepimpinan PERTIS dan ahli PERTIS Pusat / Wilayah ingin merakamkan ucapan takziah kepada PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman di atas musibah juga bencana di luar dugaan yang telah menimpa Pejabat Wilayah pada hari Ahad, 14 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 21 November 2010. Dukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Wilayah Terengganu telah dimasuki oleh perompak pada hari berkenaan. Kerugian ditaksirkan lebih kurang RM2,000.00. Dengan ini, Biro Tugas Khas ingin melancarkan Tabung derma kilat sebagai tanda simpati dan ukhuwah Muslimin terhadap para ahli PERTIS Wilayah. Sumbangan boleh disalurkan kepada Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232. Adalah diharapkan agar seluruh kepimpinan dan ahli Wilayah Terengganu akan bersabar serta tabah menghadapi musibah yang menimpa. Marilah kita seluruh ahli PERTIS mendoakan agar kejadian serupa tidak berulang lagi dan semua pejabat PERTIS baik Pusat mahupun Wilayah dijauhkan Allah S.W.T. daripada ditimpa bencana serupa.

2.2. Iklan jawatan kosong:-

2.2.1. Sukacita diwar-warkan bahawa bermula 1 Februari 2011, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia mempunyai jawatan kosong iaitu Pembantu Tadbir. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

(1) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau ke atas.

(2) Berkemahiran computer, asas perakaunan dan tahap atau kemampuan berkomunikasi dengan berkesan serta baik

(3) Gaji boleh dirunding

(4) Bagi pemohon kalangan OKU Penglihatan Terhad (partially sighted), tahap penglihatan anda mestilah pada kadar B3 yang baik (good partial). Pemohon kategori Penglihatan Terhad juga harus berkemampuan menulis tulisan biasa dengan baik, kemas serta boleh dibaca dengan lancar oleh pihak lain.

(5) Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan berkemahiran tulisan jawi biasa adalah bonus kepada permohonan anda.

2.2.2. Unit Penerbitan, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia juga menawarkan jawatan kosong pada skima sambilan iaitu Pembantu Penerbitan. Pengisian jawatan diperlukan dengan kadar segera. Pemohon perlu mahir dengan kerja-kerja penerbitan seperti penjilidan buku, tugasan binding dan sebagainya. Gaji harian ditawarkan menarik. Kemahiran komputer adalah bonus kepada permohonan anda. Waktu bekerja adalah di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga hari Jumaat.

2.2.3. Tarikh tutup permohonan bagi kedua-dua jawatan tersebut di atas adalah pada hari Khamis, 1 Safar 1432 Hijrah bersamaan 6 Januari 2011. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Setiausaha Agung Persatuan di talian, 019-255 1232.

2.2.4. Semua permohonan beserta dokumen lengkap perlu dihantar ke alamat:-

Setiausaha Agung PERTIS
Ibu Pejabat PERTIS Malaysia
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman
Jalan Jernai 6/21D, Gombak
53100 Kuala Lumpur

2.3. Dimaklumkan bahawa Ustaz Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff (mantan AJK Biro Tugas Khas dan AJK PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus Sesi 2009/2010) telah dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS yang ditinggalkan oleh En. Sahmar bin Saat. Pemilihan beliau berdasarkan kepada “merit” jumlah undi tertinggi yang diperolehi bagi 3 orang AJK PERTIS Pusat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 lalu. Sehubungan itu, beliau akan menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti dan Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus. Ustaz Mohd Nasir boleh dihubungi di talian, 019-394 1441 atau alamat Email nasir1807 at gmail.com. Sehubungan itu, seluruh saf kepimpinan PERTIS Malaysia dan ahli-ahli PERTIS merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan beliau berkenaan juga di atas kesediaan beliau mengisi kekosongan jawatan berkaitan. Semoga kehadiran beliau berkeupayaan meningkatkan reputasi, kredibiliti serta menjulang imej Biro ke tahap tertinggi.

2.4. Adalah diwar-warkan juga bahawa giliran bertugas pada hari Sabtu di kalangan para Pembantu Tadbir Hal Ehwal Ibu Pejabat PERTIS Malaysia telah dimansuhkan bermula 12 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 18 Disember 2010. Sementara itu berkuatkuasa pada 28 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 3 Januari 2011, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia akan beroperasi di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga hari Jumaat. Justeru, para ahli dan bukan ahli PERTIS adalah dikehendaki untuk menyelesaikan segala urusan rasmi pada waktu dan hari yang ditetapkan.

2.5. Berkuat kuasa serta-merta, kadar pos untuk senaskah Alquran Braille telah dinaikkan kepada RM 30.00. Selain itu, caj pos untuk lain-lain bahan Braille juga telah dinaikkan dan ia bergantung kepada saiz dan berat bahan berkenaan. Kenaikan ini tidak dapat dielakkan ekoran daripada kenaikan caj perkhidmatan pos. Harap maklum.

3. PENGUMUMAN DARIPADA PERTIS WILAYAH

Dimaklumkan bahawa beberapa orang ahli PERTIS Wilayah Kedah/Perlis turut terlibat sebagai mangsa banjir besar yang melandan Negeri Kedah Darul Aman serta Perlis Indera Kayangan baru-baru ini. Mereka telah ditimpa musibah dahsyat yang menyumbang kepada kerugian yang agak besar termasuk kemusnahan harta-benda serta kehilangan sumber pencarian nafkah yang banyak akibat bakul yang telah siap juga rotan yang dihanyutkan arus deras banjir. Bahkan, ada kalangan mangsa banjir ahli PERTIS bverkenaan tinggal sehelai sepinggang. Justeru atas nama saudara muslim, rakan senasib OKU Penglihatan dan semangat satu PERTIS, PERTIS Wilayah Kedah/Perlis merayu sumbangan derma daripada seluruh ahli PERTIS mahupun semua pemantau ke telemaklumat ini. Segala sumbangan derma atau sebarang pertanyaan, bolehlah disalurkan kepada En. Zamzuri bin Ghani, Bendahari Kehormat Merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Kedah di talian, 019-386 9700 atau En. Musa bin Abd. Rahman, Pengerusi PERTIS Wilayah Kedah di talian, 012-584 0124.

4. IKLAN PRODUK MINGGU INI

Dapatkan pelbagai keperluan dan peralatan kegunaan OKU Penglihatan daripada Syarikat Blind Gadgets. Konsep perniagaan, one stop. Antara barangan yang boleh diperolehi ialah Radio TV, kertas Braille 1 rim atau separuh rim, top up handphone, alat bantuan mengurut dan sebagainya. Alamat Syarikat: No. 15, Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields. Bagi maksud tempahan atau sebarang pertanyaan, hubungi Pn. Rani (bekas kakitangan MAB) di talian, 016-685 4837.

“Info ini dibawa dengan kerjasama dan ehsan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)”

Bersempena dengan kedatangan tahun Masihi 2011, seluruh kepimpinan PERTIS serta para kakitangannya di semua peringkat ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Masihi 2011.


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Saturday, August 21, 2010

Majlis Ceramah Anjuran Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan PERTIS

Pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431 (Sabtu), Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di bawah pengerusinya Pn. Nurfarhana Kanagi Abdullah telah menganjurkan satu majlis ceramah bertempat di dewan utama, Kompleks Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur. Majlis telah bermula sekitar jam 10.00 pagi.



Tema utama ceramah ialah Peranan Wanita Dalam Bulan Ramadhan. Walaupun ceramah ini anjuran biro yang berkaitan dengan wanita, tetapi golongan lelaki juga dialu-alukan untuk turut sama dalam ceramah ini. Maka itulah ramai juga golongan lelaki yang turut sama hadir dan mendengar ceramah yang disampaikan.

Antara AJK Pusat PERTIS lain yang turut hadir dalam majlis ceramah kali ini termasuklah Cikgu Zakaria bin Yahya yang juga Yang Di-Pertua PERTIS serta En. Shahmar Saad, selaku Pengerusi Biro Khidmat Komuniti PERTIS.



Sebelum sesi ceramah dimulakan, YDP PERTIS telah menyampaikan kata alu-aluannya. Antara lain beliau mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan serta seluruh hadirin.



Penceramah undangan kali ini ialah Dr. Sharifah Hayati binti Syed Ismail, seorang penceramah terkenal yang juga merupakan seorang pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dr. Sharifah Hayati pernah memberi ceramah dalam program anjuran PERTIS sebelum ini.



Dalam ceramahnya, Dr. Hayati banyak menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. Antara lain, beliau memaklumkan betapa barakahnya majlis ilmu yang diadakan dan di dalam bulan Ramadhan pula. Beliau turut menerangkan bahawa para malaikat memayungi orang yang hadir ke majlis ilmu dari mula orang tersebut meninggalkan rumah hinggalah dia kembali semula ke rumahnya.

Selain itu, Dr. Sharifah Hayati juga turut mengingatkan para hadirin supaya tidak membazir dalam bulan Ramadhan. Para hadirin juga turut disaran supaya mengambil peluang untuk melipatgandakan ibadat kepada Allah bersempena dengan bulan Ramadhan. Beliau juga turut menyarankan supaya kita semua sentiasa ingat kepada Allah supaya Allah pula akan sentiasa ingat kepada kita. Ini selaras dengan mafhum sepotong ayat Alquran yang antara lain menyatakan: “Maka ingatilah Aku (Allah), nescaya Aku )Allah) akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada Aku dan janganlah kamu sekalian kufur”.



Dr. Sharifah Hayati turut menjawab soalan yang dikemukakan ketika sesi soal jawab. Walau bagaimanapun, oleh kerana kesuntukan masa, beliau hanya dapat menjawab satu soalan sahaja yang dikemukakan Pengerusi Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan PERTIS sendiri, Pn. Farhana.

Cara Dr. Sharifah Hayati menyampaikan ceramahnya dengan bersahaja dan diselang-seli dengan unsur-unsur kecindan telah berjaya menarik perhatian hadirin.



Pihak PERTIS mengucapkan jazakillah kepada Dr. Sharifah Hayati di atas kesudiannya untuk hadir dan menyampaikan ilmu kepada ahli PERTIS serta sekalian hadirin. Mudah-mudahan apa yang telah beliau sampaikan akan memberi manfaat kepada para hadirin.

Monday, August 16, 2010

Pengumuman 16 Ogos 2010

Telemaklumat PERTIS (16 Ogos 2010)

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 16 Ogos 2010, bersamaan 6 Ramadhan 1431.

1. PROGRAM TAZKIRAH ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN MUSLIMAH, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERTIS

Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 21 Ogos 2010, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Utama MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Penceramah, Yang Berbahagia Dr. Sharifah Hayati binti Said Ismail. Kehadiran para muslimah kalangan ahli dan bukan ahli PERTIS amatlah dialu-alukan. Penyertaan turut dibuka kepada peserta kalangan lelaki.

2. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH ANJURAN PERTIS Pusat

Aktiviti tersebut akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 25 & 26 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 4 & 5 September 2010 bertempat di premis Kompleks MAB, Brickfields. Majlis akan bermula pada jam 3.00 petang, 25 Ramadhan 1431 Hijrah dan berakhir pada jam 8.00 pagi, 26 Ramadhan 1431 Hijrah. Pengisian program akan dimuatkan dengan majlis berbuka puasa, sahur, pelbagai slot ceramah / kuliah subuh dan qiyamulail. Antara barisan penceramah yang sudah mengesahkan kehadiran ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Zakaria, mantan Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Anuar bin Osman dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Institut Perguruan Ilmu Khas dan Al-Fadhil Ustaz Imran Nasuhah dari Masjid Subang Jaya (slot Qiyamu Lail). Bilangan peserta, 200 orang. Sistem tempat duduk berdasarkan meja akan dilaksanakan demi mengelakkan kehadiran para peserta yang tidak berdaftar dan kecelaruan majlis. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS lebih dialu-alukan.

3. PROGRAM HARI RAYA ANJURAN JAWI DAN PERTIS

Majlis Semarak Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah Bagi Orang Kurang Upaya tajaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan Biro Tugas Khas selaku penyelaras aktiviti akan diadakan pada hari Ahad, 17 Syawwal 1431 Hijrah bersamaan 26 September 2010 bertempat di pekarangan Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. PERTIS diperuntukkan 300 tempat. Kehadiran semua ahli dan sanak famili masing-masing amatlah dialu-alukan. Dalam konteks ini, Biro memohon kerjasama daripada para ahli Persatuan untuk mendaftarkan anak masing-masing bagi maksud pemberian duit raya bersempena majlis berkenaan – hanya untuk anak-anak sahaja. Syarat umur, 17 tahun ke bawah. Sila berikan nama penuh anak-anak anda. Bagi anak-anak yang sudah mempunyai Kad Pengenalan, harap berikan sekali No. K/P. Bagi maksud pendaftaran sila berhubung dengan En. Abu Hasan Ashari, Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 atau Pn. Norizan binti Mohamed Yusoff di talian, 013-364 0636. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS adalah lebih dialu-alukan. Sayugia diingatkan bahawa maklumat anak-anak yang tidak lengkap tidak akan dilayan atau pendaftaran melalui lain-lain saluran tidak akan diproses demi mengelakkan kecelaruan pengurusan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2010 justeru maklumat berkenaan perlu dikemukakan kepada pihak JAWI. Maklumat dan butiran lanjut aktiviti akan diwar-warkan dari masa ke semasa.

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS

4.1. Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat PERTIS akan dibuka separuh hari iaitu bermula jam 2.00 petang pada hari Isnin, 13 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 23 Ogos 2010. Ia adalah bagi memberikan ruang dan peluang kepada para Pembantu Tadbir Hal Ehwal Ibu Pejabat PERTIS menghadiri majlis rasmi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

4.2. Kakitangan Sambilan Untuk Ibu Pejabat PERTIS

Sukacita dimaklumkan bahawa, PERTIS memerlukan khidmat kakitangan berstatus sambilan dengan kadar segera untuk ditempatkan di Biro Penerbitan Dan ICT PERTIS. Antara tugas utama kakitangan ini ialah untuk membantu biro ini dalam urusan produksi bahan bercetak Braille. Antara kriteria yang diutamakan ialah, boleh melakukan kerja-kerja penjilidan buku Braille dan mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer. Kepada yang berminat, permohonan bertulis boleh diajukan kepada Setiausaha Agung, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di alamat, No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.

5. IKLAN MINGGU INI

5.1. Anda masih tercari-cari penapis air untuk kegunaan rumah anda? Anda masih tercari-cari formula bekalan air sihat dan selamat? Ya, dapatkan Bio Energy Life Water System. Peralatan dijamin selamat, mesra alam dan mesra pelanggan. Harga seunit RM800.00, tawaran harga kilang. Jimat dan menguntungkan justeru pembelian produk serupa yang menagih ribuan ringgit Malaysia. Bagi maksud tempahan dan pertanyaan, hubungi Ustaz Mohammad Zaki bin Mohamed Yusoff di talian, 019-277 3002. Bio Energy Life Water System – Peneraju Keluarga Sihat; Jimat dan Berbaloi-baloi!!

5.2. Iklan Kuih DAN BISKUT Raya

Dapatkan pelbagai jenis biskut dan kuih-muih raya sebagai hidanmgan tetamu yang datang berkunjung. Antara jenis-jenis biskut yang ditawarkan ialah Almond London, Biskut Kapal, Biskut Kopi, Kuih Samprit dan sebagainya. Hubungi pembekal dan pengedar berkaitan:-

(1) Cik Siti Huraizah binti Roslan di talian, 012-958 4197. Beliau menawarkan tawaran harga istimewa, berpatutan lagi “special” iaitu RM28.00 satu baling dengan kuantiti 100 biji kuih.

(2) En. Mat Rafi bin Mohamad Zali di talian, 03-4022 0046 iaitu di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Cepat! Stok terhad.

Nota: pengumuman dibawa dengan ehsan dan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

6. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Pertubuhan Orang Kurang Upaya Penglihatan Negeri Perak Darul Ridzuan akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Sabtu dan Ahad, 2 & 3 Oktober 2010 bertempat di Institut Latihan Belia, Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Bas akan bertolak pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010, jam 9.00 pagi daripada pekarangan Kompleks MAB, Brickfields. Yuran penyertaan – orang dewasa, RM30.00 seorang dan anak-anak di bawah usia 13 tahun, RM20.00 seorang. Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut aktiviti, sila berhubung dengan En. Mohd Nizar di talian, 012-525 1190 atau En. Mohammad Sabri di talian, 013-341 9093. Pendaftaran dianggap sah selepas yuran penyertaan dilunaskan. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 7 September 2010.

Nota: pengumuman dibawa dengan ehsan dan kerjasama daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

7. JADUAL TAZKIRAH ANJURAN JEMAAH SURAU MAB SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH

17 Ogos 2010 – ustaz Zulkifli

18 Ogos 2010 – Ustaz Ahmad Dasuki

19 Ogos 2010 – Ustaz Ann Wan Seng

21 Ogos 2010 – Ustaz Ridzuan

24 Ogos 2010 – Ustaz Hanif

26 Ogos 2010 – Ustaz Yusri

28 Ogos 2010 – Ustaz Dr. Azhar Yaacob

30 Ogos 2010 – Ustaz Muda

31 Ogos 2010 – Ustaz Kamal Ashari

1 September 2010 – Ustaz Shahrum

2 September 2010 – Ustaz Adlin

14 September 2010 – Ustaz Fazlul

7.2. Program Qiyamulail:-

22 Ogos 2010 – dipimpin oleh Ustaz Nassim

29 Ogos 2010 – Ustaz Shazlee


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Thursday, August 5, 2010

Pengumuman 02 Ogos 2010

Terlibih dahulu, kami ingin meminta maaf kerana pengumuman untuk minggu ini lewat dimasukkan ke laman sesawang ini.

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 Ogos 2010, bersamaan 21 Shaaban 1431.

1. MAKLUMAT TAMBAHAN MAJLIS DI AMBANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH

Biro Kebajikan, Keluarga dan Khidmat Komuniti PERTIS akan menganjurkan program tersebut di atas pada hari Khamis, 24 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 5 Ogos 2010, bermula jam 6.00 petang bertempat di Surau MAB. Selain bacaan Yasin dan tahlil, pengisian majlis akan turut dimuatkan dengan tazkirah bersempena ketibaan bulan Ramadhan Almubarak yang kian di ambang mayapada. Penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah bin Ashari, Pegawai Waran 1, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kementerian Pertahanan Malaysia. Penganjuran majlis ditaja oleh beberapa individu tertentu. Biro masih mengalu-ngalukan sumbangan dan tajaan daripada kalangan ahli atau bukan ahli PERTIS yang mempunyai hajat atau niat tertentu. Bagi maksud sumbangan atau pertanyaan, sila berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro di talian, 013-6968 618. Kehadiran semua amatlah dialu-alukan.

2. Saudara Beseri Ahmad Dimasukkan Ke Hospital

2.1 Untuk maklumat bersama, Saudara Beseri bin Ahmad yang juga merupakan salah seorang ahli Persatuan ini telah dimasukkan ke Hospital pada malam Ahad baru-baru ini. Kepada yang berkemampuan dan berkesempatan, anda dipersilakan untuk menziarahi beliau, sekurang-kurangnya untuk memberikan dorongan dan semangat kepada beliau. Maklumat terkini yang diperolehi ialah, Saudara Beseri kini ditempatkan di Wad Perubatan 2, Tingkat 3, Katil 6, sebelah wad bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

3. Mesyuarat AJK PERTIS Pusat Bilangan 3/2010.

3.1 Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua AJK Pusat PERTIS sesi 2010-2011, sebagaimana yang telah dimaklumkan, mesyuarat AJK Pusat PERTIS akan diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu), dan mesyuarat akan bermula pada jam 9.00 pagi dan bukannya jam 10.00 pagi. Harap ambil maklum.

4. IKLAN MINGGU INI

4.1. Anda masih tercari-cari penapis air untuk kegunaan rumah anda? Anda masih tercari-cari formula bekalan air sihat dan selamat? Ya, dapatkan Bio Energy Life Water System. Peralatan dijamin selamat, mesra alam dan mesra pelanggan. Harga seunit RM800.00, tawaran harga kilang. Jimat dan menguntungkan justeru pembelian produk serupa yang menagih ribuan ringgit Malaysia. Bagi maksud tempahan dan pertanyaan, hubungi Ustaz Mohammad Zaki bin Mohamed Yusoff di talian, 019-277 3002. Bio Energy Life Water System – Peneraju Keluarga Sihat; Jimat dan Berbaloi-baloi!!

4.2. Iklan Kuih Raya

Dapatkan pelbagai jenis biskut dan kuih-muih raya sebagai hidangan tetamu yang datang berkunjung. Hubungi Cik Siti Huraizah di talian, 012-958 4197 atau En. Mat Rafi di talian, 03-4022 0046. Harga serendah RM28.00 bagi 1 balang 100 keping biskut. Bikskut adunan tradisional dan moden. Tempahan awal akan diutamakan. Cepat! Stok terhad.

** pengumuman iklan di atas dibawa dengan ehsan dan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


Diselaraskan oleh


(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Thursday, July 29, 2010

Pengumuman 26 Julai 2010

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman bagi minggu yang bermula pada 26 Julai 2010, bersamaan 14 Syaaban 1431 Hijrah.

Bulan Ramadhan Almubarak semakin hampir. Kita harus bersyukur kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Marilah kita membuat apa jua persediaan yang perlu bagi menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Tidak salah jika kita menganggap bahawa ini merupakan pertemuan terakhir kita dengan bulan Ramadhan kali ini.

Berikut adalah pengumuman-pengumuman untuk minggu ini:

1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KELIMABELAS

1.1. Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Kelimabelas telah berlangsung pada 11 dan 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 dan 24 Julai 2010 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Justeru, seluruh barisan kepimpinan PERTIS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam penganjuran MAT15 berkenaan terutamanya kepada Urusetia Kerja MAT15. Tidak ketinggalan diucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PERTIS Malaysia dan Wilayah yang telah menghadiri MAT15 tersebut. Sesungguhnya, kerjasama yang diberikan amatlah memuaskan dan banyak membantu dalam kelancaran perjalanan mesyuarat secara komprehensif. Tahniah kepada sidang mesyuarat kerana mempunyai semangat musyawarah yang tinggi dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

1.2. Tahniah juga diucapkan kepada barisan peneraju PERTIS Malaysia yang telah terpilih untuk menganggotai saf kepimpinan Persatuan bagi penggal 2010-11/12. Semoga dengan gabungan tenaga lama dan baru ini mampu memacu Persatuan ke tahap tertinggi serta mengangkat martabat kita agar mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat umum. Berikut disenaraikan nama AJK PERTIS Malaysia beserta Biro masing-masing:-

1.2.1. Cikgu Zakaria bin Yahya – Yang Dipertua PERTIS Merangkap Pengerusi Biro Penerbitan dan Pembangunan ICT PERTIS Malaysia juga Pengerusi Jawatankuasa Keutuhan PERTIS Malaysia. Beliau juga bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Luar PERTIS Malaysia. Menang tanpa bertanding.

1.2.2. Cr. Mohd Hafiz bin Halim – Naib Yang Dipertua PERTIS Merangkap Pengerusi Biro Kewangan dan Ekonomi PERTIS Malaysia. Memperolehi 93 undi.

1.2.3. Encik Abu Hasan Ashari @ Eddysayurawan bin Razak – Setiausaha Agung PERTIS Merangkap Pengerusi Biro Tugas Khas serta Penyelaras Pentadbiran PERTIS Malaysia. Menang tanpa bertanding.

1.2.4. Encik Zamzuri bin Ghani – Bendahari Kehormat PERTIS Merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Domestik PERTIS Malaysia. Memperolehi 95 undi.

(Keempat-empat mereka akan berkhidmat sehingga tahun 2012).

1.2.5. Encik Sahmar bin Saat – Ahli Jawatankuasa Biasa Pusat PERTIS Malaysia Merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia. Memperolehi 65 undi.

1.2.6. Puan Nur Farhana Kannagi Abdullah – Ahli Jawatankuasa Biasa Pusat PERTIS Malaysia Merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Wanita dan Kesenian PERTIS Malaysia. Memperolehi 98 undi.

1.2.7. Encik Muhammad Bukhari bin Zakaria – Ahli Jawatankuasa Biasa Pusat PERTIS Malaysia Merangkap Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Malaysia. Memperolehi 66 undi.

(Ketiga-tiga AJK di atas akan berkhidmat selama setahun iaitu sehingga 2011).

1.2.8. Pemeriksa Kira-kira PERTIS – En. Ahmad Shaha bin Mohd Hanafiah (67 undi) dan Puan Norlita Hanim binti Md Taha (42 undi).

2. MAJLIS DI AMBANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia akan menganjurkan program tersebut di atas pada hari Khamis, 24 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 5 Ogos 2010, bermula jam 6.30 petang bertempat di Surau MAB. Selain bacaan Yasin dan tahlil, pengisian majlis akan turut dimuatkan dengan tazkirah yang berkisar pada ketibaan bulan Ramadhan Almubarak yang makin hamper di ambang mayapada. Penganjuran majlis ditaja oleh beberapa individu tertentu. Biro masih mengalu-ngalukan sumbangan dan tajaan daripada kalangan ahli atau bukan ahli PERTIS yang mempunyai hajat atau niat tertentu. Bagi maksud sumbangan atau pertanyaan, sila berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro di talian, 013-6968 618. Kehadiran semua amatlah dialu-alukan.

3. IKLAN MINGGU INI

Anda masih tercari-cari penapis air untuk kegunaan rumah anda? Anda masih tercari-cari formula bekalan air sihat dan selamat? Ya, dapatkan Bio Energy Life Water System. Peralatan dijamin selamat, mesra alam dan mesra pelanggan. Harga seunit RM800.00, tawaran harga kilang. Jimat dan menguntungkan justeru pembelian produk serupa yang menagih ribuan ringgit Malaysia. Bagi maksud tempahan dan pertanyaan, hubungi Encik Mohammad Zaki bin Mohamed Yusoff di talian, 019-277 3002. Bio Energy Life Water System – Peneraju Keluarga Sihat; Jimat dan Berbaloi-baloi!!

** pengumuman ini dibawa dengan ehsan dan kerjasama daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, July 13, 2010

Pengumuman 12 Julai 2010

Sekadar mengingatkan di antara sesama kita, iaitu, pada minggu ini kita semua akan melangkah ke bulan Syaaban. Ini bermakna bulan Ramadhan yang penuh berkat itu kian menghampiri kita. Jika diizinkan Allah, kita akan dapat bertemu sekali dengan bulan Ramadhan Almubarak. Marilah sama-sama kita terus membuat persediaan untuk menyambut bulan berkenaan.

Berikut adalah pengumuman untuk minggu yang b ermula pada 12 Julai 2010, bersamaan 29 Rejab 1431 Hijrah.

1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KELIMABELAS

1.1. Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Kelimabelas akan diadakan pada 11 dan 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 dan 24 Julai 2010 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Seksyen 12, Sungai Merab Luar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

1.2. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tertunggak (jika ada), yuran tahunan semasa dan yuran penyertaan MAT 15 (sepertimana syarat serupa yang ditetapkan oleh mana-mana NGO lain). Manakala bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 13 tahun ke atas sahaja yang dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rujukan, syarat ini ditetapkan oleh pihak ILIM. Ambil maklum bahawa tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan telahpun berakhir pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010. Dalam hal ini, Cuma ahli-ahli yang telah menyelesaikan segala yuran berkaitan sahaja akan dipertimbangkan kehadiran ke MAT 15. Sebagai rujukan, yuran penyertaan MAT 15 bagi ahli Persatuan ialah RM5.00 seorang dan bukan ahli RM10.00 seorang. Suka juga dinyatakan bahawa caj terlibat merupakan yuran penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan dan tiada kaitannya dengan kos pengangkutan. Ambil maklum juga bahawa tarikh tutup pendaftaran penyertaan juga telah berakhir pada 7 Julai 2010 bagi PERTIS Wilayah dan 9 Julai 2010 bagi PERTIS Pusat.

1.3. Para peserta PERTIS Wilayah boleh “checked in” di asrama ILIM bermula jam 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Ambil maklum bahawa format penempatan di asrama ILIM ialah 2 orang bagi 1 bilik dan suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan. Para peserta turut dilarang merokok di dalam kawasan asrama atau premis ILIM.

1.4. Pengangkutan bagi para peserta PERTIS Pusat disediakan pada hari Sabtu, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010, bermula jam 7.30 pagi bertempat di pekarangan Kompleks MAB, Brickfields iaitu bagi perjalanan berlepas ke ILIM serta bertolak semula ke Kuala Lumpur. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana ahli yang tertinggal atau terlepas bas. Bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pengendalian mesyuarat, hanya peserta berdaftar sahaja dibenarkan hadir. Pihak penganjur juga memohon maaf di atas ketiadaan penginapan kepada para peserta PERTIS Pusat lantaran kemudahan penginapan yang diberi Cuma 200 tempat sahaja. Ambil maklum bahawa tajaan penginapan ini adalah atas ehsan pihak ILIM dan pada masa yang sama ada kursus lain turut berlangsung. Segala kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.

1.5. Ambil maklum bahawa MAT 15 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan semua jawatan dalam PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 3 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 16 Jun 2010. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010 bertempat di ILIM). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.


2. PROGRAM REALITI DAKWAH 2010 ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH PERTIS MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MAYBANK ISLAMIC BERHAD

Persatuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli ke aktiviti yang berlangsung pada 28 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 11 Julai 2010 baru-baru ini. Kehadiran para ahli Persatuan adalah pemangkin ke arah kejayaan dan kelancaran program yang diadakan.


3. MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SERTA DOA SELAMAT BULANAN ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT KOMUNITI PERTIS MALAYSIA

Persatuan melalui Biro tersebut di atas akan mengadakan majlis berkenaan pada hari Khamis, 3 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 15 Julai 2010, selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Sura MAB. Penganjuran majlis ini juga adalah sebagai tanda simpati terhadap rakan kita iaitu En. Yusran bin Ahmad, Ahli PERTIS Pusat yang masih dalam tempoh rawatan pembedahan yang dijalani baru-baru ini. Sumbangan berbentuk derma juga dialu-alukan. Penyertan daripada para ahli Persatuan yang mempunyai hajat tertentu atau ingin menyampaikan pahala tahlil kepada arwah yang telah kembali ke Rahmatullah juga sangat-sangatlah dialu-alukan. Bagi maklumat lanjut atau penyaluran sumbangan kepada En,. Yusran, sila berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro di talian, 019-6968 618.

Monday, July 12, 2010

Program Dakwah Bersempena Isra' Mikraj 1431 Hijrah



Pada 28 Rejab 1431 Hijrah, bersamaan 11 Julai 2010 bersamaan hari Ahad yang lalu, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) menerusi Biro Dakwah Dan Pendidikannnya telah menganjurkan program dan aktiviti dakwah bersempena dengan sambutan Isra’ Mikraj yang jatuh sehari sebelumnya. Program berkenaan telah berlangsung di dewan utama, Kompleks Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur. Program berkenaan telah bermula seawal jam 9.45 pagi dan telah berakhir sekitar jam 5.30 petang. Pelbagai acara telah berlangsung bersempena dengan program berkenaan.



Untuk pengetahuan bersama, program dan aktiviti kali ini telah ditaja sepenuhnya oleh May Bank Islamic. Di sini, pihak PERTIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak May Bank Islamic di atas kesudian mereka menaja program kali ini. Mudah-mudahan Allah akan menganugerahkan balasan yang sebaik-baiknya kepada pihak berkenaan.



Di sebelah pagi, acara seperti kuiz, mewarna untuk kanak-kanak berusia 9 tahun kebawah, hafazan untuk kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun telah berlangsung.







Untuk acara kuiz, sebanyak 5 kumpulan telah mengambil bahagian. Kumpulan-kumpulan berkenaan ialah GTC 1, GTC 2, PERTIS 1, PERTIS Saudara Kita serta pasukan dari Anak-anak Perak. Setiap kumpulan pula mengandungi 3 peserta. Jurukuiz kali ini ialah Cikgu Wan Mohd Suhaimi dari SKPK Seremban.





Sekitar jam 12.00 tengah hari pula, ceramah mengenai haji pula telah diadakan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Razali dari Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak. Beliau telah berkongsi pengalamannya yang luas mengenai ibadah haji.





Selain itu, Ustaz Razali juga tidak keberatan untuk menjawab pelbagai soalan yang telah dikemukakan oleh para hadirin. Berdasarkan soalan-soalan yang telah dikemukakan, minat para hadirin, terutamanya ahli PERTIS terhadap ibadah haji memang tinggi.









Selepas makan tengah hari dan solat zohor pula, diadakan pula ceramah mengenai Isra’ Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusri Arifin. Ceramah beliau memang menarik dan berguna. Para hadirin juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusri.



Setelah tamat ceramah, majlis penutupan rasmi pula telah dilangsungkan. Kali ini, Cikgu Zakaria bin Yahya, selaku Naib Yang Di-Pertua PERTIS telah menyempurnakan majlis penutupan rasmi. Dalam ucapannya, Cikgu Zakaria mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin yang telah memberikan sokongan yang cukup baik kepada program kali ini. Katanya lagi, sokongan dan dokongan para ahli dan para hadirin merupakan semangat kepada para pimpinan PERTIS untuk menganjurkan aktiviti yang lebih bermanfaat lagi pada masa-masa yang akan datang.













Setelah itu, berlangsung pula acara penyampaian pelbagai hadiah dan cendera hati kepada para pemenang, para hakim dan juga kepada para petugas yang telah menjayakan majlis pada hari ini.







Di sini, seluruh saf kepimpinan PERTIS ingin mengucapkan jazakumullah khairan kathiran kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik ke arah menjayakan program di atas.



Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada para sukarelawan khususnya daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang sentiasa setiasa dan tidak jemu dalam menghulurkann khidmat sukarela. Selain itu, ucapan terima kasih yang juga ditujukan kepada seluruh AJK serta kakitangan PERTIS yang turut sama-sama bekerja keras untuk memastikan kelancaran majlis berkenaan. Terima kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada para hadirin yang telah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis berkenaan. Sesungguhnya kehadiran anda semua yang melebihi 150 orang cukup membuktikan sokongan dan dokongan padu kalian terhadap persatuan yang sama-sama kita sayangi ini. Besarlah harapan kami, daripada saf kepimpinan PERTIS, pada masa-masa yang akan datang, lebih ramai lagi ahli bersekutu (mereka yang berpenglihatan) akan menyertai program yang kami anjurkan.

Wednesday, June 30, 2010

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 28 Jun 2010


Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 28 Jun 2010, bersamaan 15 Rejab 1431 Hijrah.


1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KELIMABELAS

1.1 Notis Mesyuarat:

NO. 32A, TINGKAT 1, MEDAN IDAMAN, JALAN JERNAI 6/21D, 53100 GOMBAK, KUALA LUMPUR, MALAYSIA )

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

RUJ. KAMI : (195) DLM. PERTIS(S/U) 2388/0810/1 JLD.III
TARIKH : 24 JAMADIL AKHIR 1431H / 7 JUN 2010M
ORANG DIHUBUNGI : EN. ABU HASAN ASHARI @ EDDYSAYURAWAN BIN RAZAK, SETIAUSAHA AGUNG PERTIS PUSAT, 6019-255 1232


KEPADA
SEMUA AHLI BIASA / AHLI BERSEKUTU
PERTIS PUSAT
PERTIS WILAYAH PAHANG DARUL MAKMUR
PERTIS WILAYAH KELANTAN DARUL NAIM
PERTIS WILAYAH TERENGGANU DARUL IMAN
PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PERTIS KEDAH DARUL AMAN


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMABELAS
PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


Yang Berbahagia Tan Sri / Dato’ / tuan / puan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelimabelas, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 11 dan 12 Sya’ban 1431H / 23 dan 24 Julai 2010M
(Hari Jumat dan Sabtu)

Masa : 3.00 petang (11/08/1431H) hingga 8.30 malam (12/08/1431H)

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Seksyen 12, Jalan Sunbai Merab
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

2. Sukacita dimaklumkan bahawa majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Butiran dan maklumat terperinci MAT 15, rujuk lampiran berkembar.

Kehadiran Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“ UKHUWAH MUSLIMIN, MEMPERKASA NITRA CEMERLANG “

Saya Yang Menjalankan Tugas





[ ABU HASAN ASHARI @ EDDYSAYURAWAN BIN RAZAK ]
Setiausaha Agung
PERTIS Malaysia


SALINAN KEPADA

YANG BERBAHAGIA DATUK ZAMANI BIN SULAIMAN
SETIAUSAHA DEWAN NEGARA
MERANGKAP PENASIHAT PERTIS MALAYSIA
PARLIMEN MALAYSIA
TINGKAT 8, BANGUNAN PARLIMEN
JALAN PARLIMEN
50670 KUALA LUMPUR

1.2 Butiran Lanjut Mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15:

[ LAMPIRAN 1 ]


LAMPIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMABELAS
PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


NOTA: PARA PESERTA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTIS KALI KE-15 DIMINTA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PERKARA-PERKARA BERIKUT:

1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tertunggak dan yuran tahunan semasa (sepertimana syarat serupa yang ditetapkan oleh mana-mana NGO lain). Ambil maklum bahawa tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan berakhir pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010.

2. Bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 13 tahun ke atas sahaja yang akan dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rujukan, syarat ini ditetapkan oleh pihak ILIM sendiri.

3. Yuran Penyertaan:-

3.1. Ahli = RM5.00 seorang.

3.2. Pemerhati / bukan ahli = RM10.00 seorang.

4. Para peserta boleh “checked in” di asrama ILIM bermula jam 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Ambil maklum bahawa format penempatan di asrama ILIM ialah 2 orang bagi 1 bilik dan suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan. Para peserta turut dilarang merokok di dalam kawasan asrama atau premis ILIM. Para peserta dikehendaki “checked out” selewat-lewatnya jam 9.00 malam, Sabtu, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010.

5. Ambil maklum bahawa MAT 15 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan semua jawatan dalam PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 3 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 16 Jun 2010. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010 bertempat di ILIM). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

6. Dokumen MAT 15 dalam bentuk braille, cetak dan audio boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010.

7. Sebarang usul bertulis perlu dihantar kepada Setiausaha Agung PERTIS di alamat Ibu Pejabat PERTIS Malaysia selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 24 Jun 2010.

8. Pendaftaran penyertaan:-

8.1. Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Jawatankuasa Kerja MAT 15 iaitu Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar, Pembantu Tadbir Kewangan Sambilan Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian, 03-4021 2631 antara jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Yuran penyertaan peserta PERTIS Pusat bolehlah diserahkan kepada mana-mana AJK PERTIS Malaysia atau AJK Jawatankuasa MAT 15 terbabit.

8.2. Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi serta Kerani PERTIS Wilayah masing-masing.

8.3. Pendaftaran Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran tertunggak, yuran keahlian tahunan semasa dan yuran penyertaan MAT 15 dilunaskan.

8.4. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada hari Jumaat, 26 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 9 Julai 2010. Manakala tarikh tutup penyertaan bagi para peserta peringkat PERTIS Wilayah ialah pada 24 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 7 Julai 2010. Ia adalah bagi membolehkan Urusetia Kerja MAT 15 melaksanakan urusan penyusunan bilik penginapan dan penghantaran senarai nama kepada pihak ILIM serta lain-lain perkara berhubung dengan MAT 15.

9. Pengangkutan:-

9.1. Bagi para peserta PERTIS Pusat, sebanyak 3 buah bas disediakan. Bas akan bertolak dari pekarangan Kompleks MAB, Brickfields bermula jam 4.00 petang, Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Sementara itu, sebuah bas disediakan untuk membawa para peserta PERTIS Pusat pada jam 7.30 pagi, Sabtu, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010.

9.2. Manakala bagi para peserta Wilayah-wilayah PERTIS, urusan penyediaan pengangkutan tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PERTIS Wilayah atau Penyelaras Jawatankuasa MAT 15 masing-masing.

10. Ahli Jawatankuasa Kerja (Ad Hoc Committee) Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-15:-

BIL NAMA AJK J.K. MAT 15 PERWAKILAN TANGGUNGJAWAB
1. En. Abu Hasan Ashari bin Razak P. Malaysia Pengarah J.K. MAT 15
Dokumentasi, publisiti dll
2. En. Mohammad Zaki bin Mohamed Yusoff P. Malaysia Timbalan Pengarah J.K. MAT 15
Penyelaras VIP dan penyambut tetamu
3. - P. Malaysia Bendahari J.K. MAT 15
Penyelaras Kontinjen Kelantan
4. En. Mohd Hairie bin Aris P. Negeri Sembilan Penyelaras kontinjen Negeri Sembilan
Penyelaras hal ehwal dewan
5. En. Mohd Jais bin Ismail P. Malaysia Penyelaras pengundian
Penginapan
6. Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar P. Malaysia Penyelaras pendaftaran peserta, buku program
7. En. Mohd Farizuan bin Noorani P. Malaysia Penyelaras teknikal
Hal ehwal dewan
8. En. Zubir bin Muda P. Terengganu Penyelaras kontinjen Terengganu
Keselamatan
9. Pn. Safiah Rs Jaini P. Negeri Sembilan Penyelaras VIP dan penyambut tetamu
Makanan
10. Pn. Siti Fatimah binti Othman P. Pahang Penyelaras kontinjen Pahang
Keselamatan
11. En. Mohd Shafiri bin Jusoh P. Malaysia Penyelaras kontinjen Kedah
Pengangkutan
12. En. Zainuddin bin Mad Ali P. Malaysia Penyelaras pengangkutan
Cenderahati



Butiran lain mengenai Mesyuarat Agung Tahun Kali Ke-15 akan diperincikan menerusi telemaklumat ini pada minggu-minggu yang akan datang.


2. MAJLIS PROGRAM TARBIYAH BULANAN DAN REALITI DAKWAH 1431H / 2010M

Sebagai penghargaan kepada semua ahli PERTIS dan program terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15, Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Malaysia dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Ahad, 28 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 11 Julai 2010, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam bertempat di Kompleks MAB. Aktiviti ini juga adalah bagi meraikan ketibaan hari mulia, Isra’ Wal-mikraj yang jatuh pada hari Sabtu, 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010. Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer), Maybank Islam Berhad yang merupakan penaja utama aktiviti. Selain majlis perasmian, pengisian program akan turut dimuatkan dengan peraduan kuiz agama, pertandingan untuk anak-anak ahli dan ceramah agama perdana. 2 kali makan disediakan. Penyertaan daripada ahli-ahli PERTIS untuk kuiz agama amatlah dialu-alukan. Penyertaan aktiviti dibuka kepada 200 orang iaitu kalangan ahli Persatuan dan famili masing-masing. Maklumat lanjut akan diwar-warkan dari semasa ke semasa. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 atau SMS nama anda ke talian tersebut. Dalam hal ini, Biro memohon maaf justeru tidak dapat menganjurkan segmen Ibadah Qiyamu Lail lantaran kepadatan serta kesendatan jadual sewaan di Kompleks MAB.


3. Hari Koperasi SMPK Setapak

Bersempena dengan Hari Koperasi, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak akan mengadakan Hari Koperasinya pada 3 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di perkarangan sekolah. Majlis akan dipenuhi dengan jualan pelbagai jenis makanan dan barangan. Majlis akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Orang ramai, terutamanya bekas pelajar SMPK dijemput untuk sama-sama memeriahkan hari tersebut. Datanglah beramai-ramai!


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS Pusat.

Wednesday, June 16, 2010

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 14 Jun 2010


Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 14 Jun 2010, bersamaan 1 Rejab 1431 Hijrah.

Terlebih dahulu, kami di PERTIS ingin mengucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, selamat menyambut bulan Rejab. Sesungguhnya ketiban Rejab bermakna, kita semua kian menghampiri bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Marilah kita mula membuat persediaan untuk menyambut kedatangan bulan yang di dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Berikut ialah pengumuman-penguman untuk minggu ini:


1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KELIMABELAS

1.1 Notis Mesyuarat:








NO. 32A, TINGKAT 1, MEDAN IDAMAN, JALAN JERNAI 6/21D, 53100 GOMBAK, KUALA LUMPUR, MALAYSIA )

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

RUJ. KAMI : (195) DLM. PERTIS(S/U) 2388/0810/1 JLD.III
TARIKH : 24 JAMADIL AKHIR 1431H / 7 JUN 2010M
ORANG DIHUBUNGI : EN. ABU HASAN ASHARI @ EDDYSAYURAWAN BIN RAZAK, SETIAUSAHA AGUNG PERTIS PUSAT, 6019-255 1232


KEPADA
SEMUA AHLI BIASA / AHLI BERSEKUTU
PERTIS PUSAT
PERTIS WILAYAH PAHANG DARUL MAKMUR
PERTIS WILAYAH KELANTAN DARUL NAIM
PERTIS WILAYAH TERENGGANU DARUL IMAN
PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PERTIS KEDAH DARUL AMAN


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMABELAS
PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


Yang Berbahagia Tan Sri / Dato’ / tuan / puan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelimabelas, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 11 dan 12 Sya’ban 1431H / 23 dan 24 Julai 2010M
(Hari Jumat dan Sabtu)

Masa : 3.00 petang (11/08/1431H) hingga 8.30 malam (12/08/1431H)

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Seksyen 12, Jalan Sunbai Merab
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

2. Sukacita dimaklumkan bahawa majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Butiran dan maklumat terperinci MAT 15, rujuk lampiran berkembar.

Kehadiran Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“ UKHUWAH MUSLIMIN, MEMPERKASA NITRA CEMERLANG “

Saya Yang Menjalankan Tugas





[ ABU HASAN ASHARI @ EDDYSAYURAWAN BIN RAZAK ]
Setiausaha Agung
PERTIS Malaysia


SALINAN KEPADA

YANG BERBAHAGIA DATUK ZAMANI BIN SULAIMAN
SETIAUSAHA DEWAN NEGARA
MERANGKAP PENASIHAT PERTIS MALAYSIA
PARLIMEN MALAYSIA
TINGKAT 8, BANGUNAN PARLIMEN
JALAN PARLIMEN
50670 KUALA LUMPUR

1.2 Butiran Lanjut Mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15:

[ LAMPIRAN 1 ]


LAMPIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMABELAS
PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


NOTA: PARA PESERTA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTIS KALI KE-15 DIMINTA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PERKARA-PERKARA BERIKUT:

1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tertunggak dan yuran tahunan semasa (sepertimana syarat serupa yang ditetapkan oleh mana-mana NGO lain). Ambil maklum bahawa tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan berakhir pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010.

2. Bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 13 tahun ke atas sahaja yang akan dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rujukan, syarat ini ditetapkan oleh pihak ILIM sendiri.

3. Yuran Penyertaan:-

3.1. Ahli = RM5.00 seorang.

3.2. Pemerhati / bukan ahli = RM10.00 seorang.

4. Para peserta boleh “checked in” di asrama ILIM bermula jam 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Ambil maklum bahawa format penempatan di asrama ILIM ialah 2 orang bagi 1 bilik dan suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan. Para peserta turut dilarang merokok di dalam kawasan asrama atau premis ILIM. Para peserta dikehendaki “checked out” selewat-lewatnya jam 9.00 malam, Sabtu, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010.

5. Ambil maklum bahawa MAT 15 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan semua jawatan dalam PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 3 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 16 Jun 2010. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010 bertempat di ILIM). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

6. Dokumen MAT 15 dalam bentuk braille, cetak dan audio boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010.

7. Sebarang usul bertulis perlu dihantar kepada Setiausaha Agung PERTIS di alamat Ibu Pejabat PERTIS Malaysia selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 24 Jun 2010.

8. Pendaftaran penyertaan:-

8.1. Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Jawatankuasa Kerja MAT 15 iaitu Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar, Pembantu Tadbir Kewangan Sambilan Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian, 03-4021 2631 antara jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Yuran penyertaan peserta PERTIS Pusat bolehlah diserahkan kepada mana-mana AJK PERTIS Malaysia atau AJK Jawatankuasa MAT 15 terbabit.

8.2. Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi serta Kerani PERTIS Wilayah masing-masing.

8.3. Pendaftaran Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran tertunggak, yuran keahlian tahunan semasa dan yuran penyertaan MAT 15 dilunaskan.

8.4. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada hari Jumaat, 26 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 9 Julai 2010. Manakala tarikh tutup penyertaan bagi para peserta peringkat PERTIS Wilayah ialah pada 24 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 7 Julai 2010. Ia adalah bagi membolehkan Urusetia Kerja MAT 15 melaksanakan urusan penyusunan bilik penginapan dan penghantaran senarai nama kepada pihak ILIM serta lain-lain perkara berhubung dengan MAT 15.

9. Pengangkutan:-

9.1. Bagi para peserta PERTIS Pusat, sebanyak 3 buah bas disediakan. Bas akan bertolak dari pekarangan Kompleks MAB, Brickfields bermula jam 4.00 petang, Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Sementara itu, sebuah bas disediakan untuk membawa para peserta PERTIS Pusat pada jam 7.30 pagi, Sabtu, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010.

9.2. Manakala bagi para peserta Wilayah-wilayah PERTIS, urusan penyediaan pengangkutan tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PERTIS Wilayah atau Penyelaras Jawatankuasa MAT 15 masing-masing.

10. Ahli Jawatankuasa Kerja (Ad Hoc Committee) Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-15:-

BIL NAMA AJK J.K. MAT 15 PERWAKILAN TANGGUNGJAWAB
1. En. Abu Hasan Ashari bin Razak P. Malaysia Pengarah J.K. MAT 15
Dokumentasi, publisiti dll
2. En. Mohammad Zaki bin Mohamed Yusoff P. Malaysia Timbalan Pengarah J.K. MAT 15
Penyelaras VIP dan penyambut tetamu
3. - P. Malaysia Bendahari J.K. MAT 15
Penyelaras Kontinjen Kelantan
4. En. Mohd Hairie bin Aris P. Negeri Sembilan Penyelaras kontinjen Negeri Sembilan
Penyelaras hal ehwal dewan
5. En. Mohd Jais bin Ismail P. Malaysia Penyelaras pengundian
Penginapan
6. Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar P. Malaysia Penyelaras pendaftaran peserta, buku program
7. En. Mohd Farizuan bin Noorani P. Malaysia Penyelaras teknikal
Hal ehwal dewan
8. En. Zubir bin Muda P. Terengganu Penyelaras kontinjen Terengganu
Keselamatan
9. Pn. Safiah Rs Jaini P. Negeri Sembilan Penyelaras VIP dan penyambut tetamu
Makanan
10. Pn. Siti Fatimah binti Othman P. Pahang Penyelaras kontinjen Pahang
Keselamatan
11. En. Mohd Shafiri bin Jusoh P. Malaysia Penyelaras kontinjen Kedah
Pengangkutan
12. En. Zainuddin bin Mad Ali P. Malaysia Penyelaras pengangkutan
Cenderahati



Butiran lain mengenai Mesyuarat Agung Tahun Kali Ke-15 akan diperincikan menerusi telemaklumat ini pada minggu-minggu yang akan datang.


2. MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya Penglihatan Bekerja Sendiri (PKB) akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Khamis, 11 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 24 Jun 2010, selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Surau MAB. Bagi para ahli dan bukan ahli Persatuan yang berhasrat menyumbang atau mempunyai hajat-hajat tertentu atau berhasrat menyertai majlis berkenaan, diminta berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro dan Naib Pengerusi PKB di talian, 013-6968 618.


3. PROGRAM TARBIYAH BULANAN DAN REALITI DAKWAH 1431H / 2010M

Sebagai penghargaan kepada semua ahli PERTIS dan program terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15, Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Malaysia dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Ahad, 28 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 11 Julai 2010, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam bertempat di Kompleks MAB. Aktiviti ini juga adalah bagi meraikan ketibaan hari mulia, Isra’ Wal-mikraj yang jatuh pada hari Sabtu, 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010. Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer), Maybank Islam Berhad yang merupakan penaja utama aktiviti. Selain majlis perasmian, pengisian program akan turut dimuatkan dengan peraduan kuiz agama, pertandingan untuk anak-anak ahli dan ceramah agama perdana. 2 kali makan disediakan. Penyertaan daripada ahli-ahli PERTIS untuk kuiz agama amatlah dialu-alukan. Penyertaan aktiviti dibuka kepada 200 orang iaitu kalangan ahli Persatuan dan famili masing-masing. Maklumat lanjut akan diwar-warkan dari semasa ke semasa. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 atau SMS nama anda ke talian tersebut. Dalam hal ini, Biro memohon maaf justeru tidak dapat menganjurkan segmen Ibadah Qiyamu Lail lantaran kepadatan serta kesendatan jadual sewaan di Kompleks MAB.



Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS Pusat.

Tuesday, June 8, 2010

Ucapan Takziah

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa bapa kepada kakitangan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), iaitu Tuan Haji Muhammad Lee bin Abdullah dan juga Saudara Muhammad Adam Lee bin Abdullah telah meninggal dunia. Mendiang telah meninggal dunia pada hari ini.

Seluruh barisan kepimpinan PERTIS serta seluruh kakitangan PERTIS mengucapkan takziah kepada mereka berdua serta keluarga. Bersabarlah menghadapi saat yang sedih ini.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 7 Jun 2010


Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 7 Jun 2010, bersamaan 24 Jamadil-Akhir 1431 Hijrah.

1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG-orang CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KELIMABELAS

Kepada
Semua Ahli PERTIS

2.1. Dengan ini, adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Kelimabelas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 11 dan 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 dan 24 Julai 2010
(Jumaat dan Sabtu)

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Seksyen 12, Sungai Merab Luar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

2.2. Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-

2.2.1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tertunggak dan yuran tahunan semasa. Manakala bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 13 tahun ke atas sahaja yang akan dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rujukan, syarat ini ditetapkan oleh pihak ILIM sendiri. Ambil maklum bahawa tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan akan berakhir pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010.

2.2.2. Yuran Penyertaan:-

(I) Ahli – RM5.00 seorang.

(II) Pemerhati / bukan ahli – RM10.00 seorang.

2.2.3. Para peserta boleh “checked in” di asrama ILIM bermula jam 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 23 Julai 2010. Ambil maklum bahawa format penempatan di asrama ILIM ialah 2 orang bagi 1 bilik dan suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan. Para peserta turut dilarang merokok di dalam kawasan asrama atau premis ILIM. Pengangkutan bagi para peserta PERTIS Pusat Cuma disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja iaitu bagi perjalanan berlepas ke ILIM serta bertolak semula ke Kuala Lumpur. Perkembangan dan maklumat terkini berkaitan penginapan serta pengangkutan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

2.2.4. Ambil maklum bahawa MAT 15 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan semua jawatan dalam PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 3 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 16 Jun 2010. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 12 Sya’ban 1431 Hijrah bersamaan 24 Julai 2010 bertempat di ILIM). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

2.2.5. Semua usul, jika ada, hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung PERTIS secara bertulis dan dialamatkan ke ibu pejabat PERTIS Malaysia tidak lewat daripada 24 Jun 2010.

2.2.6. Dokumen MAT 15 dalam bentuk braille, cetak dan audio boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010. Hanya mereka yang telah berdaftar untuk menghadiri mesyuarat agung sahaja yang akan diberi keutamaan untuk memperoleh semua dokumen mesyuarat sama ada dalam bentuk Braille, cetak, audio mahupun secara email.

2.2.7. Pendaftaran penyertaan:-

(1) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Jawatankuasa Kerja MAT 15 iaitu Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar, Pembantu Tadbir Kewangan Sambilan Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian, 03-4021 2631 antara jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Yuran penyertaan peserta PERTIS Pusat bolehlah diserahkan kepada mana-mana AJK PERTIS Malaysia atau AJK Jawatankuasa MAT 15 terbabit.

(2) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi serta Kerani PERTIS Wilayah masing-masing.

(3) Pendaftaran Cuma dianggap sah selepas semua bayaran yuran tahunan tertunggak dan/atau bayaran yuran tahunan semasa dan bayaran yuran penyertaan dilunaskan.

(4) Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Jumaat, 26 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 9 Julai 2010. Manakala tarikh tutup penyertaan bagi para peserta peringkat PERTIS Wilayah ialah pada 7 Julai 2010. Ia adalah bagi membolehkan Urusetia Kerja MAT 15 melaksanakan urusan penyusunan bilik penginapan dan penghantaran senarai nama kepada pihak ILIM serta lain-lain perkara berhubung dengan MAT 15.

2.2.8. Adalah dimaklumkan bahawa isu penangguhan tarikh mesyuarat ini telah dibincangkan dan selepas mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Kuala Lumpur justeru ianya ada hubungkait dengan Perlembagaan Persatuan. Penangguhan ini juga adalah selaras dengan kepadatan jadual kursus di premis ILIM dan langkah berjimat-cermat Persatuan akibat kemunasabahan kos penganjuran yang tinggi di lokasi/premis lain. Di pihak lain, ROS sendiri menjelaskan bahawa isu penangguhan mesyuarat agung adalah merupakan perkara biasa dengan syarat ada sebab yang munasabah serta kukuh.

2.2.99. Notis MAT 15 bertarikh 24 Jamadil Akhir 1431 Hijrah bersamaan 7 Jun 2010 ini disediakan oleh En. Abu Hasan Ashari bin Razak, Setiausaha Agung PERTIS.


2. MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya Penglihatan Bekerja Sendiri (PKB) akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Khamis, 11 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 24 Jun 2010, selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Surau MAB. Bagi para ahli dan bukan ahli Persatuan yang berhasrat menyumbang atau mempunyai hajat-hajat tertentu atau berhasrat menyertai majlis berkenaan, diminta berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro dan Naib Pengerusi PKB di talian, 013-6968 618.


3. JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS ANAK KEPADA CIKGU MOHAMED BIN ISMAIL (CIKGU ZAKI)

Satu rombongan untuk menghadiri majlis tersebut di atas akan diadakan pada hari Jumaat, 11 Jun 2010. Caj RM70.00 seorang. Selain menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Cikgu Zaki, rombongan akan turut dibawa ke Pasar Payang dan juga membeli keropok lekor Losong. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mat Rafi di talian, 03-4022 0046.


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS Pusat.

Friday, June 4, 2010

Sidang Media

Pada 2 Jun 2010 (Rabu), satu sidang Media telah diadakan bersempena dengan majlis Makan Malam "Berkat" Bersama PERTIS. Sidang media berkenaan telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Turut serta dalam sidang media berkenaan ialah, Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWMKM). Berikut ialah teks penuh siaran media tersebut:


SIARAN MEDIA
MAJLIS MAKAN MALAM “BERKAT BERSAMA PERTIS”
2 JUN 2010
Bilik Banyan, Pusat Konvensyen Sime Darby
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan dinaungi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan disokong oleh Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) akan mengadakan majlis nakan malam yang berkonsepkan konsert amal bagi tujuan kutipan dana (Fund Raising). Tema persembahan yang akan ditengahkan pada majlis ini adalah bersifat kerohanian. Majlis yang penuh keberkatan ini akan dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil dan dijangkakan akan dilaksanakan pada Ahad bersamaan 18 julai 8.00 malam hingga 11 malam bertempat di Dewan Utama Pusat Konvensyen Sime Darby. Antara artis-artis tersohor tanah air yang telah mengesahkan diri untuk membuat persembahan pada majlis ini ialah Ramli Sarip, Amy Search, Mawi, Datin Paduka Julie Sudiro, Radhi OAG dan Bienda. Selain itu majlis ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada ahli-ahli PERTIS.
Hasil daripada jualan meja dan sumbangan yang diperolehi di sepanjang penganjuran majlis ini akan memberi manfaat kepada 1,200 OKU penglihatan yang berdaftar dengan PERTIS sebagai ahli biasa. Dana yang diperolehi akan digunakan dalam menghasilkan al-Quran dalam bentuk tulisan Braille yang mencecah kos sebanyak RM200 perset. Al-Quran Braille yang dihasilkan akan diagihkan kepada setiap ahli PERTIS bagi mencapai misi PERTIS iaitu ‘1 OKU penglihatan, 1 Al-Quran Braille’. Pada masa yang sama, PERTIS amat memerlukan sumber kewangan yang mencukupi dalam menanggung kos pentadbiran, amolumen dan sewa premis yang berjumlah hampir RM10,00 sebulan. PERTIS juga berhasrat untuk membeli premis tetap persatuan di samping untuk mengadakan pusat latihan hafazan Al-Quran untuk OKU penglihatan.
Semenjak didaftarkan pada tahun 1996 dengan nombor pendaftaran 2388, PERTIS memberi tumpuan dalam menjaga kebahikan dan memperkasakan ahlinya agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna berlandaskan syiar Islam. Untuk itu, PERTIS sentiasa mengadakan program berorientasikan keislaman seperti ceramah agama/isu semasa, kelas fardhu ain, program bacaan Yasin, kelas al-Quran, program kesenian dan lain-lain. PERTIS juga memberi tumpuan kepada OKU penglihatan yang baru memeluk Islam dengan mengadakan program khas dan turut menjaga kebajikan mereka. PERTIS turut berperanan dalam menyediakan bahan bacaan Islam dalam tulisan braille seperti surah yasin, buku doa dan lain-lain untuk manfaat ahli PERTIS khasnya dan OKU penglihatan lain amnya. Justeru, dana yang diperolehi dengan penganjuran majlis ini diharap dapat menampung segala kos untuk merealisasikan segala usaha yang murni ini secara berterusan.
Majlis ini akan diadakan dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku penaung majlis. Pihak KARYAWAN pula akan membantu menjayakan majlis ini dari segi pengurusan pentas dan persembahan artis serta dari sudut promosi dan pemasaran. PERTIS mengharapkan agar majlis ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai termasuk pihak korporat. PERTIS juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis ini baik sebagai penaja mahupun pembeli terutama pihak KPWKM dan KARYAWAN yang menjadi tulang belakang dalam usaha untuk merealisasikan majlis ini dengan jayanya.
Mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan atau penajaan meja bolehlah mengubungi Pn Bariah di talian 019-3644468 atau layari laman web www.karyawan.com.my untuk memuat turun borang tempahan. Segala penajaan atau sumbangan ikhlas juga boleh disalurkan kepada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam no 14014010086992 (Bank Islam). Untuk makluman, meja-meja boleh dibeli atau ditaja dengan harga RM10,000 (Platinum), RM5,000 (Berlian), RM3,000 (Emas) dan RM1,500(Perak) dengan pakej 10 orang bagi satu meja.

Tuesday, June 1, 2010

PERTIS Mengutuk Kekejaman Rejim Zionis

Sesungguhnya peristiwa serangan dan pembunuhan ke atas misi antarabangsa yang cuba menghantar bantuan kepada rakyat Palastin di Gaza merupakan tragedi kemanusiaan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Dengan itu, kami, seluruh warga Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) berpendirian bahawa:

1. Seluruh ahli PERTIS, sama ada Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu dengan ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya cara biadab tentera Israel ke atas misi antarabangsa semalam.

2. Pertis menyeru seluruh ahlinya supaya mengerjakan solat hajat, sama ada secara perseorangan atau secara jemaah untuk mendoakan keselamatan khususnya umat Islam di Gaza dan di seluruh dunia dan terpelihara daripada kekejaman rejim Yahudi.

3. Pihak Persatuan juga menyeru supaya kerajaan melakukan yang terbaik untuk memastikan supaya misi kemanusiaan antarabangsa yang sedang dihalang oleh rejim Yahudi dapat diteruskan dengan apa cara sekalipun.

4. Pihak Persatuan juga menyeru kerajaan supaya memutuskan semua bentuk hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dengan rejim Yahudi dengan segera.

5. Pihak Persatuan juga menyeru supaya pada 3 Jun 2010 ini (Khamis) semua masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat khas untuk mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan di seluruh dunia serta keselamatan juga ke atas misi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang sedang bertarung dengan kekejaman satu bangsa yang tidak kenal erti kemanusiaan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, May 23, 2010

Jawatankuasa Pusat PERTIS Tidak Melanggar Perlembagaan Persatuan

Dalam tulisannya melalui blog http://www.anakkampungdelek.blogspot.com semalam, penulis blog berkenaan telah menggambarkan bahawa Jawatankuasa Pusat Persatuan ini (PERTIS) seolah-olah telah melanggar Perlembagaan PERTIS apabila mengadakan mesyuarat agung tahunannya melepasi tarikh 30 Jun.

Memang benar, dalam Perlembagaan PERTIS, tarikh akhir untuk PERTIS mengadakan mesyuarat agung tahunannya ialah pada 30 Jun setiap tahun. Peruntukan ini termaktub pada perkara 7 (5) Perlembagaan PERTIS.

Namun demikian, pihak Jawatankuasa Pusat, setelah berusaha keras, tidak dapat mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat agung tahunannya sebelum 30 Jun tahun ini. Ia disebabkan pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan.

Untuk mengatasi masalah di atas, Setiausaha Agung PERTIS, En. Abu Hassan Ashari Razak telah mengadakan perbincangan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan hasilnya, pihak ROS telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada PERTIS untuk mengadakan mesyuarat agung tahunannya melepasi tarikh 30 Jun untuk tahun ini. Susulan daripada itu, pihak PERTIS telah menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan kebenaran secara bertulis mengenai hal di atas. Secara lisan, pihak ROS telah bersetuju memberikan kebenaran kepada PERTIS untuk mengadakan mesyuarat agung tahunannya untuk tahun ini melepasi tarikh 30 Jun.

Pengumuman dan notis mesyuarat agung tahunan PERTIS bagi tahun ini akan mula dikeluarkan seawal-awalnya pada minggu yang bertarikh 31 Mei nanti.

Kami memang mengalu-alukan sebarang komen, teguran, kritikan, cadangan atau apa sahaja ulasan yang boleh memajukan lagi persatuan yang masih bertatih ini. Walau bagaimanapun, kami sangat-sangat mengharapkan semoga komen dan tulisan yang hendak disasarkan kepada Persatuan ini hendaklah dilakukan secara lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar untuk menggunakan PERTIS sebagai jalan mudah untuk mencari publisiti murah. Kami penuh yakin, penulis blog berkenaan hanya mendengar khabar angin yang tidak rasmi dan tidak pun mengetahui secara terperinci mengenai penangguhan mesyuarat agung tahunan PERTIS untuk tahun ini. Kami juga yakin, sumber penulisan penulis berkenaan sekadar Perlembagaan Persatuan dan juga khabar angin. Menurut Setiausaha Agung, penulis Blog berkenaan juga tidak ada menghubungi beliau (Setiausaha Agung) untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai apa yang ditulis dalam blognya.

Walau bagaimanapun, kami di PERTIS tetap mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penulis blog berkenaan kerana sikap prihatinnya kepada PERTIS.

Tuesday, May 18, 2010

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 17 Mei 2010


Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 17 Mei 2010, bersamaan 3 Jamadil-Akhir 1431 Hijrah.

1. PENGUMUMAN DARIPADA BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH PERTIS MALAYSIA

1.1 PROGRAM MEMPERKUKUH SAHSIAH JATI DIRI

Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Malaysia dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Jamadil Akhir 1431 Hijrah bersamaan 29 dan 30 Mei 2010 bertempat di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Program akan bermula pada jam 2.00 petang, Sabtu, 15 Jamadil Akhir 1431 Hijrah dan berakhir pada jam 8.00 pagi, Ahad, 16 Jamadil Akhir 1431 Hijrah. Kehadiran, 150 orang. Minum petang, makan malam, minum malam dan sarapan pagi diseidakan. Ambil maklum bahawa kupon akan diberikan kepada peserta berdaftar sahaja.

1.2. Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Majlis akan bermula dengan ceramah bertajuk, “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Abdul Rahman (pendakwah bebas) bertempat di Dewan Utama MAB. Majlis akan diteruskan dengan majlis perasmian di Dewan Utama MAB iaitu selepas Solat Fardhu Asar dan minum petang. Sementara itu selepas makan malam juga Solat Fardhu Maghrib, Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil akan diadakan di samping ceramah motivasi. Manakala Qiyamulail bertempat di Surau MAB akan bermula pada jam 4.00 pagi Ahad, 16 Jamadil Akhir 1431 Hijrah. Ia diikuti dengan Solat Fardhu Subuh, tazkirah dan sarapan pagi. Majlis dijangka berakhir pada jam 8.00 pagi. Untuk rekod, majlis turut ditaja oleh Masjid Mu’adz bin Jabar, Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid Saidina Umar Damansara.

1.3. Justeru, aktiviti ditaja oleh pihak JAWI, pendaftaran peserta diperlukan. Ia juga bagi maksud memudahkan pengurusan kupon dan makanan. Ambil maklum bahawa penyertaan Cuma dibuka kepada ahli Persatuan dan suami-isteri termasuk anak-anak yang ada kaitan dengan para ahli PERTIS sahaja. Penyertaan terpaksa dibuka kepada ahli-ahli Persatuan sahaja disebabkan tempat yang sangat terhad. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 atau Pn. Norizan, AJK Biro di talian Pejabat Percetakan Nasional, 03-9236 6888. Pendaftaran melalui SMS turut dialu-alukan.

2. JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH

Pn. Hjh. Ramlah, pemilik kedai makan di Medan MARA sekali lagi ingin menjemput semua ahli PERTIS dan OKU Penglihatan ke majlis tersebut di atas pada hari Ahad, 7 Jamadil Akhir 1431 Hijrah bersamaan 23 Mei 2010 iaitu selepas Solat Fardhu Zohor (selepas jam 1.30 tengah hari). Kedai beliau terletak di Tingkat 2, Food Court Medan MARA. Ambil maklum bahawa Pn. Hjh. Ramlah dan perniagaan beliau tiada kaitan dengan mana-mana individu OKU Penglihatan. Kerjasama dan kehadiran semua ahli-ahli PERTIS dan Oku Penglihatan amatlah dialu-alukan.

3. Barisan Kepimpinan Baru PERTIS Negeri Kedah Darul-Aman.

Barisan kepimpinan PERTIS Kedah untuk tempoh 2010-2011 sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Kedah Darul-Aman Kali pertama yang telah diadakan pada 1 Mei 2010 adalah seperti berikut:




































Bil.NamaJawatan
1.Cikgu Musa bin Abdul RahmanPengerusi.
2.En. Roslan bin BidinNaib Pengerusi.
3.Cikgu Norhashimah binti HashimSetiausaha.
4.Pn. Sabariah binti BahariBendahari.
5.En. Bakhari bin Abdul AzizAJK Biasa.
6.En. Mustafa bin SaatAJK Biasa.


Pemeriksa Kira-kira:
Encik Sumairi Bin Zainal
Puan Norzakiah@Nor zuraiti Binti Mohd dzaki


4. Pengumuman berikut adalah daripada Persatuan Lepasan St. Nicholas:

4.1 Perjumpaan Sosial PLSN

Pesanan Daripada penganjur:

Perhatian kepada semua lepasan St. Nicholas.

Untuk memudahkan semua, waktu perjumpaan sosial telah diubah ke satu masa yang baru iaitu dari jam 2.30 ke 5.30 petang pada tarikh 5 Jun 2010 dan tempat yang sama iaitu di dewan kafetaria MAB.

Marilah sama-sama bergembira, beramah mesra bersama rakan-rakan disamping berpeluang memenangi hadiah-hadiah permainan dan cabutan bertuah. Anda mungkin juga berpeluang membawa pulang barangan-barangan dengan harga yang sungguh istimewa pada jualan lelong nanti sambil membantu meningkatkan dana Persatuan.

Pihak penganjur mengalu-alukan sumbangan barangan-barangan untuk jualan lelong ini. Mereka yang ingin menyumbangkan barangan-barangan mereka hendaklah berhubung terus dengan Saudari Linda Kam di talian bimbitnya 013-3402302. Barangan-barangan hendaklah di dalam keadaan yang sempurna dan masih boleh digunakan. Pengangkutan barangan-barangan tersebut adalah tanggungjawab sendiri.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis kita ini.

** Pengumuman berkenaan telah dibawakan dengan ihsan daripada PERTIS.


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS Pusat.