ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Tuesday, May 10, 2011

Pengumuman 09 Mei 2011

TeleMaklumat PERTIS (9 Mei 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 9 Mei 2011, bersamaan 5 Jamadil-Akhir 1432 Hijrah.


1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KEENAMBELAS

Kepada : Semua Ahli Biasa / Bersekutu PERTIS Pusat dan Wilayah

1.1. Dengan ini, adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kali Ke-16 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22 dan 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 24 dan 25 Jun 2011 Masihi
(Jumaat dan Sabtu)

Tempat : Dewan Utama MAB, Kompleks MAB
Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

1.2. Sukacita juga dimaklumkan bahawa bagi ahli-ahli PERTIS Pusat MAT Kali Ke-16 hanya akan bermula pada hari Sabtu, 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 25 Jun 2011 Masihi bermula jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Ambil maklum bahawa Cuma ahli-ahli berdaftar dan telah menjelaskan semua yuran-yuran berkaitan sahaja dipertimbangkan kehadirannya serta berhak menikmati jamuan-jamuan makan yang diperuntukkan. Keputusan tersebut terpaksa diambil justeru jumlah muatan peserta di dalam dewan dan kafetaria MAB yang agak terhad.

1.3. Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut sepertimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa MAT PERTIS Kali Ke-16 Bil. 2/2011 bertarikh 2 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 6 Mei 2011:-

1.3.1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tahunan semasa atau yuran-yuran tertunggak (sepertimana syarat serupa yang ditetapkan oleh mana-mana NGO lain). Manakala bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rekod, tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan akan berakhir pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011 Masihi.

1.3.2. Yuran Penyertaan:-

(I) Ahli PERTIS Pusat – RM10.00 seorang.

(II) Ahli PERTIS Wilayah – RM30.00 seorang.

(III) Pemerhati / bukan ahli PERTIS yang berumur 15 tahun ke atas – RM60.00
seorang.

Nota: caj-caj di atas merangkumi kos makanan (4 kali makan), penginapan, pengangkutan (bagi para peserta luar kawasan Lembah Kelang) dan lain-lain bayaran berkaitan penganjuran MAT Kali Ke-16. Peningkatan kadar bayaran penyertaan ini juga selaras dengan kenaikan pelbagai kos penganjuran semasa. Lantaran itu, segala kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.

1.3.3. Para peserta luar kawasan Lembah Kelang boleh “checked in” di asrama MAB selepas jam 12.00 tengah hari, hari Jumaat, 22 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 24 Jun 2011 Masihi. Ambil maklum bahawa suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan.

1.3.4. Ambil maklum bahawa MAT 16 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan jawatan Naib Yang Dipertua PERTIS yang telah dikosongkan serta 3 orang Ahli Jawatankuasa Pusat Biasa PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 12 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 16 Mei 2011 Masihi. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 25 Jun 2011 Masihi). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

1.3.5. Dokumen MAT 16 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 24 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 28 Mei 2011 Masihi.

1.3.6. Pendaftaran penyertaan:-

(1) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar sahaja, Pembantu Tadbir Pentadbiran, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631 antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada hari Jumaat, 8 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 10 Jun 2011 Masihi.

(2) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi atau Pembantu Tadbir Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah masing-masing. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Wilayah pula adalah pada hari Jumaat, 1 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 3 Jun 2011 Masihi.

(3) Pendaftaran dan penyertaan Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran keahlian tahunan serta yuran penyertaan MAT 16 dilunaskan. Bagi maksud penyelarasan segala urusan penganjuran terbabit dan kelancaran perjalanan MAT 16, semua ahli dinasihatkan serta dikehendaki menjelaskan segala caj berkaitan sebelum hari berlangsungnya mesyuarat. Dengan lain-lain perkataan, tiada apa-apa bayaran akan diterima pada hari berlangsungnya MAT 16.

1.5. Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-16 dijangka disempurnakan oleh Ketua Pengarah baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Mustaffa. Sebarang perubahan atau perkembangan lanjut MAT PERTIS Ke-16 akan dimaklum dan diwar-warkan dari masa ke semasa.

1.5. Selaras dengan Perkara 7 (8) Perlembagaan Persatuan, semua usul bertulis hendaklah sampai kepada Setiausaha Agung Persatuan selewat-lewatnya pada 22 Jamadil-Akhir 1432 Hijrah, bersamaan 26 Mei 2011 Masihi.

1.6. Notis MAT 15 bertarikh 5 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 9 Mei 2011 Masihi ini disediakan oleh En. Abu Hasan Ashari bin Razak, Setiausaha Agung PERTIS.


2. Barisan AJK PERTIS Negeri Sembilan 2011-2012.

Pada 7 Mei 2011 yang lalu, PERTIS Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat agungnya kali ke-4. Berikut adalah barisan kepimpinan baru PERTIS Negeri Sembilan:


Bil. Nama Penyandang Jawatan
1. En. Mohd Hairie bin Aris Pengerusi.
2. En. Kamal bin Majid Naib Pengerusi
3. Pn. Safiah RS Jaini Setiausaha.
4. En. Abdullah Abu Bakar Bendahari.
5. Cikgu Mariam binti Abdullah AJK Biasa.
6. Cikgu Hasnan Madun AJK Biasa.


Pemeriksa Kira-kira: En. Muhammad Nasir bin Mohamed Yusoff.


3. PROGRAM UKHUWAH DAN MEMPERKASA BELIA CEMERLANG

3.1. Persatuan melalui Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan aktiviti khas untuk warga belia PERTIS pada hari Selasa, 13 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 17 Mei 2011 iaitu bersempena cuti umum Hari Wesak. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang bertempat di Kompleks MAB. Pengisian program akan dimuatkan dengan aktiviti khusus untuk ahli-ahli kalangan belia PERTIS dan segmen ceramah memperkasa jati diri mempertetuh iman. Penyertaan kepada ahli-ahli bukan kalangan belia (berusia 40 tahun ke atas) Cuma dibuka pada slot ceramah pada sebelah petang yang bermula pada jam 2.00 petang. Justeru, penyertaan daripada kalangan belia PERTIS amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 (penyediaan kupon makanan). Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan.

3.2. Pada hari yang sama juga, satu program khusus berbentuk kuiz agama untuk Saudara Muslim akan turut dianjurkan. Penyertaan dan penglibatan daripada ahli-ahli kalangan Saudara Muslim amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti di talian, 019-394 1441.


4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

4.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.


5. IKLAN MINGGU INI

Dapatkan bekalan air Zamzam daripada Ramalek Shah bin Othman. Berat 10 liter. Harga RM120.00 sebotol. Bagi sebarang tempahan, Hubungi beliau di talian, 012-684 4559.


6. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO

6.1. Pertubuhan Orang Kurang Upaya Penglihatan Negeri Perak Darul Ridzuan

6.1.1. Berikut diwar-warkan keputusan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelapan POKUP Perak bagi sesi perkhidmatan tahun 2011/2013:-

(1) Pengerusi disandang oleh En. Ahmad Nizar bin Yeob Ahmad

(2) Naib Pengerusi disandang oleh En. Mohammad Sabri bin Jahaya

(3) Setiausaha disandang oleh Cik Hazrina binti Hazri

(4) Bendahari disandang oleh Cik Hamiza binti Hazri

(5) Manakala 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa ialah Pn. Jamaliah binti Sidi, En. Mohd Yusuf bin Abdullah dan En. Abdul Majid bin Abdul Rashid

6.1.2. Berikut ini pula diwar-warkan keputusan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Orang Kurang Upaya Perak Berhad Kali Kedua bagi tempoh perkhidmatan tahun 2011/2013:-

(1) Pengerusi – Ahmad Nizar bin Yeob Ahmad

(2) Setiausaha - Hamiza binti Hazri

(3) Bendahari – Pn. Noor Shamsidar binti Khalid

(4) Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biasa disandang oleh En. Mohd Nor Ali bin Abd. Wahab, En. Abdul Majid bin Abdul Rashid, En. Along Chik, En. Shamsul bin Karai, Pn. Aishah binti Abd. Rahman, Pn. Mariam binti Kassim, En. Mohd Yusuf bin Abdullah

6.1.3. Sehubungan ini juga, POKUP Perak dan Koperasi Perak ingin menyeru serta merayu agar anak-anak Negeri Perak Darul Ridzuan beserta pasangan masing-masing tampil berdaftar sebagai ahli Pertubuhan juga Koperasi. Pelbagai faedah, keuntungan dan manfaat menanti anda terutamanya menerusi pelaburan di dalam saham Koperasi. Keahlian terbuka kepada semua OKU Penglihatan berbilang bangsa berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan termasuk pasangan masing-masing. Sebagai insentif, dengan penuh sukacita dimaklumkan bahawa tanah bagi premis tetap Pertubuhan/Koperasi Perak dan tapak pembinaan “budget hotel” telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bagi maklumat lanjut, permohonan keahlian atau sebarang pertanyaan, segeralah hubungi En. Ahmad Nizar di talian 012-525 1190 atau En. Mohammad Sabri di talian 013-341 9093 atau Pn. Jamaliah di talian, 016-282 0452. “POKUP DAN KOPERASI PERAK – TERAS KECEMERLANGAN DAN PENAUNG UNGGUL KESEJAHTERAAN WARGA OKU PENGLIHATAN PERAK DARUL RIDZUAN”.

6.2. Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan

Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan akan menganjurkan lawatan ke Negeri Kelantan Darul Naim pada 3 hingga 5 Jun 2011. Yuran pendaftaran, RM60.00 seorang yang merangkumi caj pengangkutan dan penginapan. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada jam 8.30 pagi, 3 Jun 2011. Sarapan pagi pada 3 Jun 2011 disediakan. Pihak penganjur juga berjaya memperolehi 2 kali tajaan makan malam. Penyertaan Cuma dibuka kepada ahli dan anak ahli sahaja. Justeru tempat yang amat terhad, penyertan adalah berdasarkan KEPADA “siapa cepat, dia dapat”. Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ramli bin Abu Bakar (Pengerusi) di talian, 019-344 9873 atau pejabat Pertubuhan di talian 03-9221 1440. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja quota penyertaan penuh.

** PENGUMAMAN INI DIBAWA DENGAN EHSAN DAN KERJASAMA DARIPADA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment