ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, April 18, 2011

Pengumuman 18 April 2011

TeleMaklumat PERTIS (18 April 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 April 2011, bersamaan 14 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme OKU Penglihatan Di ILIM.

Pihak PERTIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Kursus di atas yang telah berlangsung di ILIM dari 14 – 17 April 2011 yang lalu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua ahli PERTIS yang telah menghadiri kursus berkenaan yang secara umumnya telah menunjukkan sikap profesionalisme yang baik serta tahap disiplin yang memuaskan di sepanjang kursus berlangsung.


2. Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:


Tarikh Mesyuarat Agung
23 April 2011 PERTIS Wilayah Kelantan
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
7 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.


3. Majlis Bicara Siber.

Biro Penerbitan Dan Pembangunan ICT PERTIS akan menganjurkan satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Bicara Siber. Majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Utama, Kompleks MAB pada 23 April 2011 bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut akan diisi dengan 2 slot ceramah. Ceramah pertama ialah mengenai undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan siber. Ia akan disampaikan oleh penceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Manakala ceramah kedua pula ialah mengenai etika dan cabaran selaku penulis blog. Ceramah berkenaan akan disampaikan oleh seorang penulis blog tersohor di negara kita, iaitu En. Mohd Sayuti Omar (MSO). Di samping itu, sesi soal jawab juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan. Dengan ini, pihak penganjur ingin mempersilakan para ahli PERTIS dan juga yang bukan ahli untuk menghadiri majlis berkenaan untuk sama-sama mendapat ilmu daripadanya. Kepada semua, dipersilakan datang beramai-ramai dan sebaiknya datanglah sebelum majlis bermula untuk mengelakkan sebarang ketidaklancaran tatkala majlis sedang berlangsung.


4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

4.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.


5. Iklan Minggu Ini

Kursus kemahiran Akupuntur. Untuk pengetahuan semua ahli/bukan ahli pertis, satu kursus kemahiran akupuntur akan diadakan di ‘Tambun akupunture academy’ Ipoh Perak pada penhujung bulan April nanti. Yuran yang akan dikenakan untuk kursus tersebut ialah RM 3800 kepada OKU Penglihatan dan RM 4800 kepada peserta yang celikk. Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad yang mengandungi 6 modul. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi En Faizul Bn Ghani di talian telefon bimbitnya 0192513431.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment