ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, April 25, 2011

Pengumuman 25 April 2011

TeleMaklumat PERTIS (25 April 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 25 April 2011, bersamaan 21 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. Majlis Bicara Siber.

Pihak penganjur ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan Majlis Bicara Siber pada Sabtu lepas. Walaupun jumlah kehadiran sekitar 30 orang sahaja, tetapi ia tetap meriah kerana mereka yang hadir merupakan perayau siber yang aktif dan tegar.


2.Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:


Tarikh Mesyuarat Agung
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
7 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.


3.Barisan AJK PERTIS Kelantan 2011-2012.

PERTIS Wilayah Kelantan telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 23 April 2011 yang lalu. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Kelantan untuk tempoh 2011-2012 Masihi.

Bil. Nama Penyandang Jawatan
1. En. Mohd Faizal bin Che Yusuf Pengerusi.
2. En. Ismail bin Awang Ngah Naib Pengerusi
3. En. Mohd Nazri Nawi Setiausaha.
4. En. Yahya Yaakub Bendahari.
5. Mohd Lazim Dolah AJK Biasa.
6. Rahimi Abdul Rahman AJK Biasa.


Pemeriksa kira-kira ialah En. Mohd Nor Wahab.


4. MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

Persatuan melalui Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Khamis, 24 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 28 April 2011 Masihi iaitu selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Surau MAB. Penganjuran majlis ini juga selaras dengan kepuilangan ke Rahmatullah ahli PERTIS Pusat iaitu Almarhum Abu Bakar Bin Sulaiman baru-baru ini. Ahli-ahli dan bukan ahli Persatuan yang mempunyai hajat atau ingin menaja majlis berkenaan turut dialu-alukan. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro En. Mohd Nasir Yusof di talian, 019-394 1441. Kehadiran semua ahli dan bukan ahli PERTIS yang berkelapangan amatlah dihargai.




5. PERSARAAN KETUA PENGARAH JAKIM

Dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz telah bersara wajib daripada perkhidmatan sector awam iaitu sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada hari Jumaat, 18 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 22 April 2011 Masihi. Sesungguhnya sumbangan jasa, budi dan bakti beliau terlalu banyak terhadap Persatuan serta meninggalkan impak positif ke atas perjalanan PERTIS. Sekaligus, Yang Berbahagia Dato’ turut membantu mengangkat martabat PERTIS ke tahap kecemerlangan. Justeru, bersamalah kita doakan agar Yang Berbahagia Dato’ dirahmati Allah S.W.T. selalu, diberikan kesihatan berkekalan dan dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan pahala serta anugerah yang lebih baik lagi daripada apa yang telah disumbangkan selama ini. Sehubungan itu juga, Yang Berbahagia Dato’ berkirim salam kepada semua ahli PERTIS dengan lafaz yang mulia “assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh” dan memohon ribuan kemaafan sekiranya kedapatan apa juga kesilapan atau ketelanjuran perbuatan sepanjang beliau bersama kita atas kapasiti KP JAKIM. Untuk makluman juga, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).

6. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

6.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

6.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1.00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment