ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, June 6, 2011

Pengumuman 06 Jun 2011

TeleMaklumat PERTIS (6 Jun 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 6 Jun 2011, bersamaan 4 Rajab 1432 Hijrah.


1. MAKLUMAT TAMBAHAN KEPADA NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KEENAMBELAS

Kepada
Semua Ahli Biasa / Bersekutu
PERTIS Pusat dan Wilayah

1.1. Dengan ini, adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kali Ke-16 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22 dan 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 24 dan 25 Jun 2011 Masihi
(Jumaat dan Sabtu)

Masa : 3.00 petang (24 Jun 2011) hingga 6.00 petang (25 Jun 2011)

Tempat : Dewan Utama MAB, Kompleks MAB
Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

1.2. Sukacita juga dimaklumkan bahawa bagi ahli-ahli PERTIS Pusat MAT Kali Ke-16 hanya akan bermula pada hari Sabtu, 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 25 Jun 2011 Masihi bermula jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Ambil maklum bahawa Cuma ahli-ahli berdaftar dan telah menjelaskan semua yuran-yuran berkaitan sahaja dipertimbangkan kehadirannya serta berhak menikmati jamuan-jamuan makan yang diperuntukkan. Keputusan tersebut terpaksa diambil justeru jumlah muatan peserta di dalam dewan dan kafetaria MAB yang agak terhad.

1.3. Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut sepertimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa MAT PERTIS Kali Ke-16 Bil. 2/2011 bertarikh 2 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 6 Mei 2011:-

1.3.1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tahunan semasa atau yuran-yuran tertunggak (sepertimana syarat serupa yang ditetapkan oleh mana-mana NGO lain). Manakala bagi para pengiring, Cuma para peserta yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dipertimbangkan kehadirannya. Untuk rekod, tarikh akhir penjelasan yuran tahunan Persatuan akan berakhir pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011 Masihi.

1.3.2. Yuran Penyertaan:-

(I) Ahli PERTIS Pusat – RM10.00 seorang.

(II) Ahli PERTIS Wilayah – RM30.00 seorang.

(III) Pemerhati / bukan ahli PERTIS yang berumur 15 tahun ke atas – RM60.00
seorang.

Nota: caj-caj di atas merangkumi kos makanan (4 kali makan), penginapan, pengangkutan (bagi para peserta luar kawasan Lembah Kelang) dan lain-lain bayaran berkaitan penganjuran MAT Kali Ke-16. Peningkatan kadar bayaran penyertaan ini juga selaras dengan kenaikan pelbagai kos penganjuran semasa. Lantaran itu, segala kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.

1.3.3. Para peserta luar kawasan Lembah Kelang boleh “checked in” di asrama MAB selepas jam 3.00 petang, hari Jumaat, 22 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 24 Jun 2011 Masihi. Ambil maklum bahawa suami-isteri dikehendaki tinggal secara berasingan.

1.3.4. Ambil maklum bahawa MAT 16 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan jawatan Naib Yang Dipertua PERTIS yang telah dikosongkan serta 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 12 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 16 Mei 2011 Masihi. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 25 Jun 2011 Masihi). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

1.3.5. Dokumen MAT 16 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 26 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 30 Mei 2011 Masihi. Perubahan tarikh penyerahan dokumen ini terpaksa dibuat justeru pada 24 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 28 Mei 2011 Masihi merupakan hari Sabtu di mana operasi Ibu Pejabat PERTIS Malaysia ditutup. Segala perubahan dan kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.

1.3.6. Pendaftaran penyertaan:-

(1) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Pn. Syahrul Bariah binti Jaffar sahaja, Pembantu Tadbir Pentadbiran, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631 antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada hari Jumaat, 8 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 10 Jun 2011 Masihi.

(2) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi atau Pembantu Tadbir Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah masing-masing. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Wilayah pula adalah pada hari Jumaat, 1 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 3 Jun 2011 Masihi.

(3) Pendaftaran dan penyertaan Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran keahlian tahunan serta yuran penyertaan MAT 16 dilunaskan. Bagi maksud penyelarasan segala urusan penganjuran terbabit dan kelancaran perjalanan MAT 16, semua ahli dinasihatkan serta dikehendaki menjelaskan segala caj berkaitan sebelum hari berlangsungnya mesyuarat. Dengan lain-lain perkataan, tiada apa-apa bayaran akan diterima pada hari berlangsungnya MAT 16.

1.4. Berdasarkan Bab (IV) bertajuk, “Mesyuarat Agung”, Perkara (7) bertajuk, “Mesyuarat Agung”, Fasa (8), Perlembagaan PERTIS berbunyi, “Perkara-perkara yang hendak dimasukkan ke dalam agenda (usul bertulis) untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan mestilah sampai ke tangan Setiausaha Agung tidak lewat dari 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat”. Dalam hal ini, tarikh akhir bagi penerimaan dokumen tersebut di atas adalah pada hari Isnin, 26 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 30 Mei 2011 Masihi.




1.5. Maklumat tambahan:-

1.5.1. Sarapan pagi – 7.30 hingga 8.30 pagi (majlis perasmian MAT 16 bermula pada jam 8.30 pagi).

1.5.2. Minum pagi – 10.00 pagi (MAT 16 Bahagian I bermula pada jam 10.30 pagi).

1.5.3. Makan tengah hari – 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

1.5.4. Minum petang – 5.30 petang (MAT 16 dijangka berakhir pada jam 6.00 petang).

1.6. Sebarang perubahan dan perkembangan lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa.

1.7. Notis MAT 15 bertarikh 5 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 9 Mei 2011 Masihi dengan perubahan dan maklumat tambahan ini disediakan oleh En. Abu Hasan Ashari bin Razak, Setiausaha Agung PERTIS.

2. Kekosongan Jawatan Di PERTIS.

2.1 Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mempunyai satu jawatan kosong untuk diisi. Jawatan yang dimaksudkan ialah Pembantu Tadbir Hal Ehwal Kewangan. Dengan ini, PERTIS ingin mempelawa mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut. Di antara syarat-syarat yang diperlukan ialah kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mempunyai kemahiran komputer terutamanya excell, kemahiran dalam pengurusan kewangan akan diberi pertimbangan yang utama. Kepada yang berminat, sila ajukan permohonan anda beserta salinan dokumen-edokumen yang diperlukan ke alamat, Setiausaha Agung, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), 32A, Tingkat 1, Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman, 53100 Gombak, Kuala Lumpur, tidak lewat daripada 24 Jun 2011.

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

3.2. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar keahlian. Adalah didapati bahawa keterangan peribadi seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian didapati wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

3.3. Bagi maksud kemaskini rekod Persatuan dan langkah kewaspadaan, kerjasama daripada semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu amatlah dipohon untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut ke Ibu Pejabat PERTIS Malaysia:-

3.3.1. Ahli Biasa – salinan Kad Pengenalan dan Kad OKU.

3.3.2. Ahli Bersekutu – salinan Kad Pengenalan.

3.3.3. Dokumen berkenaan juga akan bersifat sebagai dokumen sokongan bagi urusan rawatan penyakit dihidapi. Di atas segala kesulitan, pihak Unit Pentadbiran Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dahului dengan ucapan ribuan kemaafan serta ianya amatlah dikesali. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelaras Unit Pentadbiran Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di talian, 019-255 1232.

4. IKLAN MINGGU INI

4.1. PAKEJ UMRAH KHAS ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN

Syarikat Jagong Mas Travels Agency dengan kerjasama Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia akan menganjurkan Pakej Umrah Khas Bagi OKU Penglihatan (ahli dan bukan ahli PERTIS) pada hari Jumaat, 23 Mac 2012 Masihi. Tempoh, 14 hari. Bayaran, RM5,500.00 (bayaran ansuran turut dialu-alukan). Caj merangkumi kos perjalanan, makanan dan penginapan. Perjalanan dengan perkhidmatan Pakistan Air. Destinasi transit, Karachi, Pakistan di mana para peserta disediakan penginapan sementara serta dibawa melancong ke kawasan-kawasan di negara Pakistan. 2 orang ustaz pembimbing disediakan. Pengiring sepanjang pakej berlangsung turut disediakan. Justeru majoriti peserta terdiri daripada kalangan OKU Penglihatan, lokasi penginapan yang disediakan dijamin berdekatan dengan lokasi masjid. Peserta juga digalakkan untuk membawa pengiring sendiri dengan syarat pembiayaan peribadi. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan wakil Jagong Mas, Pn. Hazizah binti Mohamad di talian Kementerian Pertahanan Malaysia, 03-2692 1333 atau Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232.

4.2. BEKALAN AIR ZAM-ZAM

Dapatkan bekalan air Zam-zam daripada Ramalek Shah bin Othman. Berat 10 liter. Harga RM120.00 sebotol. Bagi sebarang tempahan, Hubungi beliau di talian, 012-684 4559. Perkhidmatan hantaran Cuma disediakan untuk kawasan-kawasan di sekitar Gombak atau kawasan-kawasan berdekatan.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment