ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Wednesday, June 29, 2011

Pengumuman 27 Jun 2011

TeleMaklumat PERTIS (27 Jun 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 27 Jun 2011, bersamaan 25 Rajab 1432 Hijrah.


1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KEENAMBELAS

1.1. Seluruh saf kepimpinan PERTIS Pusat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PERTIS yang telah menghadiri MAT 16 yang diadakan pada 23 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 25 Jun 2011 Masihi. Ribuan terima kasih juga diucapkan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung dan idea-idea bernas yang disumbangkan untuk melonjakkan prestasi PERTIS ke tahap kecemerlangan. Saf kepimpinan PERTIS turut merakamkan ucapan ribuan kemaafan di atas sebarang kekurangan atau ketidakpuasan yang kedapatan.

1.2. Berikut disenaraikan butiran Ahli-ahli Jawatankuasa PERTIS Pusat:-

BIL NAMA AJK PERTIS PUSAT JAWATAN CATATAN
1. Cikgu Zakaria bin Yahya Yang Dipertua PERTIS 013-340 7580
Zairia67@gmail.com

2. Ustaz Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff Naib Yang Dipertua PERTIS 019-394 1441
Nasir1807@gmail.com

3. Encik Abu Hasan Ashari @ Eddysayurawan bin Razak Setiausaha Agung PERTIS 019-255 1232
esrawan@gmail.com

4. Encik Zamzuri bin Ghani Bendahari Kehormat PERTIS 019-386 9700
zamzurighani@gmail.com

5. Puan Sariyah binti Noordin Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Pusat 013-341 1066
6. Puan Arilzoh binti Mokhtar Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Pusat 013-392 9280
7. Encik Azizan bin Salleh Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Pusat 013-331 2157
dibad@streamyx.com

1.3. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AJK yang telah dilantik di dalam MAT 16. Diharapkan gabungan tenaga lama dan baru ini mampu menjana masa hadapan yang lebih cemerlang bagi Persatuan. Sementara itu, butiran penuh berkaitan portfolio setiap AJK PERTIS Pusat dan Penyelaras Wilayah akan dimaklumkan kemudian.

2. KELAS FARDHU AIN (KAFA) DAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA` DAN MI`RAJ 1432 HIJRAH

KAFA Siri 1 dan Majlis Sambutan Isra` wal-Mi`raj akan diadakan pada 30 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 2 Julai 2011 Masihi bermula jam 9.00 pagi bertempat di Kompleks MAB. Bagi sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir, Naib Yang Dipertua PERTIS iaitu Pemangku Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah di talian, 019-394 1441. Penganjuran majlis adalah dengan kerjasama JAWI dan MAB. Kehadiran semua ahlidan bukan ahli amatlah dialu-alukan.

3. PERTANDINGAN NASYID KEBANGSAAN PERTIS

3.1. Jawatankuasa Pertandingan Nasyid Kebangsaan OKU Penglihatan 1432 Hijrah yang bernaung di bawah Biro Pembangunan Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Islam PERTIS akan menganjurkan pertandingan tersebut di atas pada hari Sabtu, 21 Sya`ban 1432 Hijrah bersamaan 23 Julai 2011 Masihi bertempat di Kompleks MAB. Pertandingan terbahagi kepada kategori solo dan berkumpulan. Yuran penyertaan – solo RM10.00 seorang dan berkumpulan, RM20.00 bagi 1 kumpulan. Pemilihan muzik latar dan lagu termasuk penyediaan CD lagu adalah tertakluk kepada urusan peserta sendiri. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Sya`ban 1432 Hijrah bersamaan 10 Julai 2011 Masihi. Ambil maklum bahawa peringkat saringan peserta akan dijalankan sekiranya bilangan penyertaan melebihi quota yang diperuntukkan kepada peserta peringkat PERTIS Pusat. Bagi sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila berhubung dengan Puan Sariyah binti Noordin iaitu pemangku Biro Pembangunan Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Islam PERTIS di talian, 013-341 1066 atau Setiausaha Agung PERTIS iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan di talian, 019-255 1232. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan.

3.2. Serentak dengan itu juga, pelbagai pertandingan untuk anak-anak ahli akan turut diadakan. Pertandingan-pertandingan yang dimaksudkan ialah Pertandingan Melukis untuk anak-anak ahli yang bermur 10 hingga 13 tahun, Pertandingan Mewarna bagi anak-anak ahli yang berumur 7 hingga 9 tahun serta pertandingan memecah belon bagi anak-anak ahli yang berumur di bawah 6 tahun. Adalah diingatkan bahawa pertandingan ini terbuka kepada anak-anak ahli sahaja dan dengan syarat para ibubapa telah menjelaskan yuran tahunan Persatuan. Sekali lagi ditegaskan, penyertaan hanya dibuka kepada anak-anak ahli sahaja yang mana para ibu bapanya telah pun menjelaskan yuran tahunan persatuan. Pendaftaran perlu dibuat pada hari pertandingan.

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

4.2. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar keahlian. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

4.3. Bagi maksud kemaskini rekod Persatuan dan langkah kewaspadaan, kerjasama daripada semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu juga amatlah dipohon untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut ke Ibu Pejabat PERTIS Malaysia:-

4.3.1. Ahli Biasa – salinan Kad Pengenalan dan Kad OKU.

4.3.2. Ahli Bersekutu – salinan Kad Pengenalan.

4.3.3. Dokumen berkenaan juga akan bersifat sebagai dokumen sokongan bagi urusan rawatan penyakit dihidapi. Di atas segala kesulitan, pihak Unit Pentadbiran Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dahului dengan ucapan ribuan kemaafan serta ianya amatlah dikesali. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelaras Unit Pentadbiran Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di talian, 019-255 1232.

5. PAKEJ UMRAH KHAS ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN

Syarikat Jagong Mas Travels Agency dengan kerjasama Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia akan menganjurkan Pakej Umrah Khas Bagi OKU Penglihatan (ahli dan bukan ahli PERTIS) pada hari Jumaat, 23 Mac 2012 Masihi. Tempoh, 14 hari. Bayaran, RM5,500.00 (bayaran ansuran turut dialu-alukan). Caj merangkumi kos perjalanan, makanan dan penginapan. Perjalanan dengan perkhidmatan Pakistan Air. Destinasi transit, Karachi, Pakistan di mana para peserta disediakan penginapan sementara serta dibawa melancong ke kawasan-kawasan di negara Pakistan. 2 orang ustaz pembimbing disediakan. Pengiring sepanjang pakej berlangsung turut disediakan. Justeru majoriti peserta terdiri daripada kalangan OKU Penglihatan, lokasi penginapan yang disediakan dijamin berdekatan dengan lokasi masjid. Peserta juga digalakkan untuk membawa pengiring sendiri dengan syarat pembiayaan peribadi. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan wakil Jagong Mas, Pn. Hazizah binti Mohamad di talian Kementerian Pertahanan Malaysia, 03-2692 1333 atau Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232.

6. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta, Malaysia (PPOBM) akan menganjurkan lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman pada hari Jumaat hingga Isnin, 9 hingga 12 Disember 2011. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada hari Jumaat, jam 10.00 malam, 9 Disember 2011. Yuran penyertaan, peserta lawatan berumur 5 tahun ke atas RM250.00 seorang dan anak-anak yang berumur 4 tahun ke bawah RM50.00 seorang. Pendaftaran penyertaan kalangan individu perlu disertakan bayaran deposit penyertaan sebanyak RM100.00 sebagai pengesahan rombongan lawatan. Manakala setiap family pula perlu menyertakan bayaran deposit sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan yuran penyertaan. Fokus lawatan – lokasi-lokasi mencabar dan menarik yang belum pernah dikunjungi serta Langkawi International Maratin Air (LIMA). Dijangkakan para peserta berpeluang merasai dan menikmati kehebatan suasana LIMA. Pendaftaran segera diperlukan justeru tempapt yang amat-amat terhad. Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Fadzlin Hezrie di talian, 013-335 7585 atau En. Anuar Bidin di talian, 016-397 6859 atau Pn. Rohaya Lias di talian, 012-255 7642.

* “PENGUMAMAN-PENGUMUMAN INI DIBAWA DENGAN EHSAN DAN KERJASAMA DARIPADA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)M – “SALURAN KOMUNIKASI DAN INFORMASI BERKUALITI, PILIHAN TEPAT”


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment