ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, April 25, 2011

Pengumuman 25 April 2011

TeleMaklumat PERTIS (25 April 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 25 April 2011, bersamaan 21 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. Majlis Bicara Siber.

Pihak penganjur ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan Majlis Bicara Siber pada Sabtu lepas. Walaupun jumlah kehadiran sekitar 30 orang sahaja, tetapi ia tetap meriah kerana mereka yang hadir merupakan perayau siber yang aktif dan tegar.


2.Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:


Tarikh Mesyuarat Agung
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
7 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.


3.Barisan AJK PERTIS Kelantan 2011-2012.

PERTIS Wilayah Kelantan telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 23 April 2011 yang lalu. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Kelantan untuk tempoh 2011-2012 Masihi.

Bil. Nama Penyandang Jawatan
1. En. Mohd Faizal bin Che Yusuf Pengerusi.
2. En. Ismail bin Awang Ngah Naib Pengerusi
3. En. Mohd Nazri Nawi Setiausaha.
4. En. Yahya Yaakub Bendahari.
5. Mohd Lazim Dolah AJK Biasa.
6. Rahimi Abdul Rahman AJK Biasa.


Pemeriksa kira-kira ialah En. Mohd Nor Wahab.


4. MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

Persatuan melalui Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia akan menganjurkan majlis tersebut di atas pada hari Khamis, 24 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 28 April 2011 Masihi iaitu selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Surau MAB. Penganjuran majlis ini juga selaras dengan kepuilangan ke Rahmatullah ahli PERTIS Pusat iaitu Almarhum Abu Bakar Bin Sulaiman baru-baru ini. Ahli-ahli dan bukan ahli Persatuan yang mempunyai hajat atau ingin menaja majlis berkenaan turut dialu-alukan. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro En. Mohd Nasir Yusof di talian, 019-394 1441. Kehadiran semua ahli dan bukan ahli PERTIS yang berkelapangan amatlah dihargai.




5. PERSARAAN KETUA PENGARAH JAKIM

Dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz telah bersara wajib daripada perkhidmatan sector awam iaitu sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada hari Jumaat, 18 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 22 April 2011 Masihi. Sesungguhnya sumbangan jasa, budi dan bakti beliau terlalu banyak terhadap Persatuan serta meninggalkan impak positif ke atas perjalanan PERTIS. Sekaligus, Yang Berbahagia Dato’ turut membantu mengangkat martabat PERTIS ke tahap kecemerlangan. Justeru, bersamalah kita doakan agar Yang Berbahagia Dato’ dirahmati Allah S.W.T. selalu, diberikan kesihatan berkekalan dan dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan pahala serta anugerah yang lebih baik lagi daripada apa yang telah disumbangkan selama ini. Sehubungan itu juga, Yang Berbahagia Dato’ berkirim salam kepada semua ahli PERTIS dengan lafaz yang mulia “assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh” dan memohon ribuan kemaafan sekiranya kedapatan apa juga kesilapan atau ketelanjuran perbuatan sepanjang beliau bersama kita atas kapasiti KP JAKIM. Untuk makluman juga, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).

6. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

6.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

6.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1.00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

Monday, April 18, 2011

Pengumuman 18 April 2011

TeleMaklumat PERTIS (18 April 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 April 2011, bersamaan 14 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme OKU Penglihatan Di ILIM.

Pihak PERTIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Kursus di atas yang telah berlangsung di ILIM dari 14 – 17 April 2011 yang lalu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua ahli PERTIS yang telah menghadiri kursus berkenaan yang secara umumnya telah menunjukkan sikap profesionalisme yang baik serta tahap disiplin yang memuaskan di sepanjang kursus berlangsung.


2. Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:


Tarikh Mesyuarat Agung
23 April 2011 PERTIS Wilayah Kelantan
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
7 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.


3. Majlis Bicara Siber.

Biro Penerbitan Dan Pembangunan ICT PERTIS akan menganjurkan satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Bicara Siber. Majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Utama, Kompleks MAB pada 23 April 2011 bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut akan diisi dengan 2 slot ceramah. Ceramah pertama ialah mengenai undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan siber. Ia akan disampaikan oleh penceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Manakala ceramah kedua pula ialah mengenai etika dan cabaran selaku penulis blog. Ceramah berkenaan akan disampaikan oleh seorang penulis blog tersohor di negara kita, iaitu En. Mohd Sayuti Omar (MSO). Di samping itu, sesi soal jawab juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan. Dengan ini, pihak penganjur ingin mempersilakan para ahli PERTIS dan juga yang bukan ahli untuk menghadiri majlis berkenaan untuk sama-sama mendapat ilmu daripadanya. Kepada semua, dipersilakan datang beramai-ramai dan sebaiknya datanglah sebelum majlis bermula untuk mengelakkan sebarang ketidaklancaran tatkala majlis sedang berlangsung.


4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

4.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.


5. Iklan Minggu Ini

Kursus kemahiran Akupuntur. Untuk pengetahuan semua ahli/bukan ahli pertis, satu kursus kemahiran akupuntur akan diadakan di ‘Tambun akupunture academy’ Ipoh Perak pada penhujung bulan April nanti. Yuran yang akan dikenakan untuk kursus tersebut ialah RM 3800 kepada OKU Penglihatan dan RM 4800 kepada peserta yang celikk. Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad yang mengandungi 6 modul. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi En Faizul Bn Ghani di talian telefon bimbitnya 0192513431.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

Monday, April 11, 2011

Pengumuman 11 April 2011

TeleMaklumat PERTIS (11 April 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 11 April 2011, bersamaan 7 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. KURSUS PEMANTAPAN KERJAYA OKU PENGLIHATAN 1432H/2011M

1.1 Persatuan melalui Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan menganjurkan kursus tersebut di atas seperti berikut:-

Tarikh : 10 hingga 13 Jamadil Awwal 1432H/14 hingga 17 April 2011M
(hari Khamis hingga hari Ahad)

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

1.2 Atas sebab-sebab tertentu, pihak ILIM tidak dapat menyediakan penginapan kepada para peserta daripada kawasan Lembah Kelang pada hari Khamis, 14 April 2011. Dengan itu, para peserta daripada kawasan Lembah Kelang akan bertolak ke ILIM pada hari Jumaat, 15 April 2011. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada 8.00 pagi 15 April 2011. Cuma para peserta daripada luar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dibenarkan melapor diri pada hari Khamis, 14 April 2011 bersama kemudahan makanan serta penginapan. Pihak ILIM memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

1.3 Pengisian kursus akan dimuatkan dengan pelbagai slot ceramah, perkongsian pintar (latihan dalam kumpulan), tazkirah Subuh, kuliah Maghrib dan Qiyamulail pada malam terakhir kursus. Majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM yang mana ia turut merupakan majlis “farewell” PERTIS kepada beliau. Bersempena dengan majlis penutupan rasmi tersebut, para peserta dikehendaki memakai baju batik. Aturcara lengkap akan diberikan oleh pihak JAKIM semasa sesi taklimat kelak. Ambil maklum bahawa cuti berkursus bagi para peserta dianggap sudah bermula pada 14 April 2011. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaa, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232. Sekiranya beliau gagal dihubungi, sila hantarkan sebarang pertanyaan melalui perkhidmatan SMS.


2. Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:


Tarikh Mesyuarat Agung
23 April 2011 PERTIS Wilayah Kelantan
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
7 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.


3. Barisan Kepimpinan PERTIS Pahang Bagi Sesi 2011/2012.

PERTIS Pahang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 10 April 2011 (Ahad). Berikut adalah senarai AJK PERTIS Pahang bagi sesi 2011/2012:


Bil. Jawatan Nama
1. Pengerusi En. Mohd Sihab bin Shuban.
2. Naib Pengerusi En. Abdul Aziz bin Sulaiman.
3. Setiausaha Pn. Siti Hawa binti Deraman.
4. Bendahari En. Muhammad bin Kasim.
5. AJK Biasa En. Mohd Hanafiah bin Didok.
6. AJK Biasa En. Bidin bin Md Ali.


Pemeriksa Kira-kira pula ialah En. Mohd Bakri bin Mohd Said.


4. Majlis Bicara Siber.

Biro Penerbitan Dan Pembangunan ICT PERTIS akan menganjurkan satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Bicara Siber. Majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Utama, Kompleks MAB pada 23 April 2011 bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut akan diisi dengan 2 slot ceramah. Ceramah pertama ialah mengenai undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan siber. Ia akan disampaikan oleh penceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Manakala ceramah kedua pula ialah mengenai etika dan cabaran selaku penulis blog. Ceramah berkenaan akan disampaikan oleh seorang penulis blog tersohor di negara kita, iaitu En. Mohd Sayuti Omar (MSO). Di samping itu, sesi soal jawab juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan. Dengan ini, pihak penganjur ingin mempersilakan para ahli PERTIS dan juga yang bukan ahli untuk menghadiri majlis berkenaan untuk sama-sama mendapat ilmu daripadanya.


5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

5.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1.00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.



6. Jemputan Ke Majlis Walimatul Urus.

Cik Nursyafawati binti Arshukri dan pasangan, Muhammad Fahsyar bin idris ingin menjemput seluruh warga OKU penglihatan seisi keluarga ke majlis perkahwinan beliau pada 30 April 2011. bas akan desediakan dan akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 7.30 pagi. bayaran RM25.00 akan dikenakan setiap seorang. pendaftaran terhad kepada 88 orang yang pertama. untuk mendaftar sila hubungi En.Fadil di talian 017-3605344 atau cik Rosmawati di talian 012-2603512. kehadiran anda amat dialu-alukan.

7. Iklan Minggu Ini

Kursus kemahiran Akupuntur. Untuk pengetahuan semua ahli/bukan ahli pertis, satu kursus kemahiran akupuntur akan diadakan di ‘Tambun akupunture academy’ Ipoh Perak pada penhujung bulan April nanti. Yuran yang akan dikenakan untuk kursus tersebut ialah RM 3800 kepada OKU Penglihatan dan RM 4800 kepada peserta yang celik. Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad yang mengandungi 6 modul. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi En Faizul Bin Ghani di talian telefon bimbitnya 0192513431.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.