ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Friday, May 7, 2010

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 3 Mei 2010

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 3 Mei 2010, bersamaan 18 Jamadil-Awwal 1431 Hijrah.

1. TABUNG KHAIRAT KEMATIAN PERTIS

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS yang bersidang pada 5 Rabi’ul Awwal 1431 Hijrah telah merancang dan memutuskan untuk meneruskan usaha penubuhan tabung tersebut di atas buat kali keduanya. Justeru, kerjasama daripada semua ahli Persatuan amatlah dituntut untuk memberi sokongan dan dokongan padu terhadap kesinambungan usaha ini terutamanya kepada mereka yang menggesa penubuhan tabung ini secara bersungguh-sungguh di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa baru-baru ini. Yuran masuk RM10.00 seorang dan yuran tahunan RM50.00 seorang. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, para ahli PERTIS bolehlah berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti di talian, 013-6968 618. Untuk makluman, sehingga ke tarikh maklumat ini disalurkan Cuma tiga orang sahaja yang telah berdaftar.


2. INFORMASI DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2010. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilunaskan segala bayaran yuran yang tertunggak dan dijelaskan yuran tahunan semasa. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran peserta yang terhad.


3. BARISAN KEPIMPINAN BARU PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN

Keputusan Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan Kali Ke 3 yang telah pun diadakan pada 1 Mei 2010 adalah seperti berikut:


Bil. Nama Jawatan
1. Ustaz Kamal bin Majid (Ahli Biasa) Pengerusi
2. En. Mohd Hairie bin Aris (Ahli Biasa) Naib Pengerusi
3. Pn. Sabariah binti Zakaria (Ahli Bersekutu) Setiausaha
4. En. Abdullah bin Abu Bakar (Ahli Bersekutu) Bendahari
5. Cikgu Haji Hasnan bin Madon (Ahli Biasa) AJK Biasa
6. Cik Safiah RS binti Jaini (Ahli Bersekutu) AJK Biasa


4. JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SOLAT ZOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Anita Mahmud menjemput seramai 40 orang ahli PERTIS ke majlis bacaan Yasin dan tahlil di rumahnya di Bukit Tunku pada 8 Mei 2010 (Sabtu). Bas akan disediakan untuk pergi dan balik dan akan bertolak dari perkarangan Kompleks MAB pada jam 11.45 pagi. Sesiapa yang ingin hadir, sila berikan nama anda kepada Cik Siti Haida, kakitangan PERTIS di talian 03-40212631 pada waktu pejabat. Jika anda inginkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi En. Saifuddin bin Muhammad di talian tangannya, 013-3643303, atau En. Rahim Yusuf di talian tangannya 013-3403902.


5. KEDUA-DUA PENGUMUMAN BERIKUT ADALAH DARIPADA PERSATUAN LEPASAN ST. NICHOLAS:-

5.1 Mesyuarat Agung Tahunan ke-21

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat agung ke-21 Persatuan akan diadakan di Dewan Makan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) pada hari Ahad, bersamaan 6hb. Jun, 2010 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Perlu diingatkan bahawa penyertaan dikhususkan kepada ahli-ahli sahaja.

Pendaftaran bermula dari jam 8 pagi. Yuran pendaftaran untuk mesyuarat agung adalah RM5 dan yuran keahlian adalah RM5.

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan untuk Mesyuarat Agong adalah pada hari Sabtu, bersamaan 15 Mei, 2010.

Sila berhubung dengan saudara Moktar Soon di talian 013-3409848 Untuk mendaftar.

5.2 Perjumpaan Sosial PLSN

Pesanan Daripada penganjur:

Perhatian kepada semua lepasan St. Nicholas.

Untuk memudahkan semua, waktu perjumpaan sosial telah diubah ke satu masa yang baru iaitu dari jam 2.30 ke 5.30 petang pada tarikh 5 Jun 2010 dan tempat yang sama iaitu di dewan kafetaria MAB.

Marilah sama-sama bergembira, beramah mesra bersama rakan-rakan disamping berpeluang memenangi hadiah-hadiah permainan dan cabutan bertuah. Anda mungkin juga berpeluang membawa pulang barangan-barangan dengan harga yang sungguh istimewa pada jualan lelong nanti sambil membantu meningkatkan dana Persatuan.

Pihak penganjur mengalu-alukan sumbangan barangan-barangan untuk jualan lelong ini. Mereka yang ingin menyumbangkan barangan-barangan mereka hendaklah berhubung terus dengan Saudari Linda Kam di talian bimbitnya 013-3402302. Barangan-barangan hendaklah di dalam keadaan yang sempurna dan masih boleh digunakan. Pengangkutan barangan-barangan tersebut adalah tanggungjawab sendiri.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis kita ini.

** Kedua-dua pengumuman berkenaan dibawakan dengan ihsan daripada PERTIS.


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS.

No comments:

Post a Comment