ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 8, 2011

Pengumuman 07 Mac 2011

TeleMaklumat PERTIS (07 Mac 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 7 Mac 2011, bersamaan 2 Rabi’ul-Akhir 1432 Hijrah.


1. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan PERTIS Bil. 2/2011 akan diadakan pada hari Jumaat, 6 Rabi'ul Akhir 1432 Hijrah bersamaan 11 Mac 2011, bermula jam 3.30 petang. Sehubungan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli/bukan ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menyelesaikan segala urusan rasmi sebelum 1.00 tengah hari, 4 Mac 2011. Ia penting bagi membolehkan semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat PERTIS Malaysia terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Segala kesulitan amatlah dikesali serta didahului dengan ucapan ribuan kemaafan.

2. Satu lagi sesi demo penggunaan panel E-Braille Quran Teaching Aid akan diadakan. Kali ini, sesi berkenaan akan diadakan di Hotel Premula, Kuala Terengganu. Sesi tersebut akan diadakan pada 14 dan 15 Mac 2011 yang akan datang. Sesi ini juga di bawah penganjuran PERTIS Pusat dan juga pasukan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Untuk maklumat bersama, sesi demo berkenaan akan dibuka kepada kunjungan orang ramai pada 15 Mac 2011 (Selasa). Di sebelah pagi, sesi demo akan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Manakala di sebelah petang pula, sesi akan bermula jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang. Sesi berkenaan akan diadakan di bilik Gamilan 4, Hotel Premula, Kuala Terengganu. Dengan ini, kami mempersilakan khususnya kepada ahli-ahli PERTIS di kawasan sekitar, ahli-ahli bersekutu PERTIS dan juga kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi sesi demo berkenaan pada masa sebagaimana dimaklumkan di atas.

3. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

4. Jemputan walimatul urus

en abd aziz bin zainal ataupun lebih dikenali dengan panggilan pak teh, & isteri ingin menjemput tuan/puan ke majlis kenduri kahwin anak mereka, norjihan bt abd aziz & pasangannya sabri abdullah, yang akan diadakan pada:

tarikh: sabtu, 12 mac2011 (9 rabi-ul-akhir 1432H)
masa: 12 tengah hari - 4 petang
tempat: dataran flat sri sarawak, jalan kenanga KL

moga dengan kehadiran tuan/puan ke majlis walimatul urus anak kami akan menambahkan lagi seri dan barakah majlis ini.
terima kasih.

5. Iklan Minggu Ini

Dapatkan segera produk terapi kesihatan Minyak Magnetic Aura! Satu produk baru yang terdapat di pasaran. Pelbagai penyakit mampu dirawat dengan kaedah ini.
Antaranya:
-PENYAKIT TULANG
-LENGUH SENDI
-KEBAS KEBAS
-KELESUAN
-KENCING MANIS
-DARAH TINGGI
-SUKAR TIDUR
-SAKIT KEPALA (MIGRINE)
-RAMBUT GUGUR
-SANGAT SESUAI UNTUK PELAJAR (CERGAS DAN CERDAS)
-BERSUKAN DAN KERJA BERAT
-BUASIR
-BERHENTI MEROKOK
-URUTAN TENAGA BATIN

RAMUAN minyak terapi kesihatan Magnetic Aura adalah:
- minyak bunga matahari
- air magnetik (formula daripada U.K.)
- wangian bebas alcohol.

CARA MENGUNAKAN MINYAK MAGNETIC AURA INI.
-- DISAPU SECARA LUARAN DI PERGELANGAN NADI LENGAN, TENGKUK, BETIS SERTA TAPAK KAKI. DI WAKTU PAGI DAN PETANG. JUGA BAIK DIGUNAKAN SEDIKIT DIRAMBUT.
-- TERBAIK BOTOL DISIMPAN DI DALAM POKET UNTUK BERTENAGA
-- DISAPUKAN DIBAWAH BEKAS MINUMAN DAN AIRNYA DIMINUM
-- DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK URUTAN TENAGA BATIN. MAMPU MEMULIHKAN 6000 URUT SARAF.
-- Sesuai untuk semua , kecuali perempuan mengandung, kanak-kanak bawah 5 tahun, luka terdedah, luka dalaman dan Pesakit jantung guna bateri jantung)‏, pesakit kritikal, pesakit alahan yang melampau.

Memiliki sebotol Minyak Magnetic Aura bersaiz 15 ML yang berharga hanya RM29.90 sahaja, ibarat anda sudah membeli gelang magnetic yang berharga ratusan ringgit. Pelbagai testimony keberkesanan produk ini sudah diperolehi. Layari http://www.auramagnetic2u.com/serembanaura untuk maklumat lanjut.
Cepat!!! Dapatkan segera produk kesihatan Minyak Magnetic Aura ini! Hubungi Cikgu Wan Mohd Suhaimi di talian 0176838050.

MAGNETIC AURA - ALAMILAH PERBEZAANNYA!!!


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment