ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, March 21, 2011

Pengumuman 21 Mac 2011

TeleMaklumat PERTIS (21 Mac 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 21 Mac 2011, bersamaan 16 Rabi’ul-Akhir 1432 Hijrah.


PENGUMUMAN DARIPADA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) BAGI MINGGU BERMULA PADA HARI ISNIN, 16 RABI’UL AKHIR 1432 HIJRAH BERSAMAAN 21 MAC 2011 MASIHI


1. KURSUS PEMANTAPAN KERJAYA OKU PENGLIHATAN 1432H/2011M

1.1. Persatuan melalui Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan menganjurkan kursus tersebut di atas seperti berikut:-

Tarikh:10 hingga 13 Jamadil Awwal 1432H/14 hingga 17 April 2011M
(hari Khamis hingga hari Ahad)

Tempat:Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

1.2. Penyertaan Cuma dibuka kepada OKU Penglihatan kalangan ahli PERTIS yang berkhidmat di sektor awam, Badan-badan Berkanun dan agensi/syarikat swasta. Bilangan peserta, 80 orang. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB selepas Solat Fardhu Zohor pada hari Khamis, 10 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 14 April 2011M. Sijil penyertaan akan diberikan. Bagi ahli-ahli Persatuan yang berkhidmat di sektor Kerajaan, penganjuran kursus ini diharap berupaya memenuhi quota kursus tahunan yang disyaratkan oleh JPA.

1.3. Justeru, bagi peserta yang berminat, sila berikan nama penuh, No. Kad Pengenalan, alamat Jabatan/syarikat/Badan Berkanun, No. telefon dan faksimili. Segala maklumat berkenaan akan disalurkan kepada JAKIM bagi maksud permohonan pelepasan cuti kursus. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Rabi’ul Akhir 1432 Hijrah bersamaan 24 Mac 2011 Masihi. Penghantaran maklumat diperlukan melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan. Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232.

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.

3. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO OKU PENGLIHATAN:-

3.1 Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Negeri Perak Darul Ridzuan (POKUP) akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan/Koperasi pada hari Sabtu hingga Isnin, 26 hingga 28 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 30 April hingga 2 Mei 2011 Masihi bertempat di Akademi Belia Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM60.00 seorang. Manakala bagi peserta di bawah umur 11 tahun, caj penyertaan ialah RM40.00 seorang. Kos merangkumi caj pengangkutan, penginapan dan makanan. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada jam 9.00 pagi, Sabtu, 26 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 30 April 2011 Masihi. Untuk tujuan pendaftaran dan sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ahmad Nizar, Bendahari POKUP di talian, 012-525 1190 atau En. Mohamad Sabri bin Jahaya, AJK POKUP di talian, 013-341 9093. Ambil maklum bahawa pendaftaran Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran penyertaan dijelaskan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Ahad, 6 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 10 April 2011 Masihi. “POKUP – TERAS PERJUANGAN WARGA OKU PERAK DARUL RIDZUAN; MENJANA KECEMERLANGAN BERTERUSAN”.

3.2 Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni SMPK Setapak.

Dengan rasa penuh sukacita, kami ingin menjemput semua bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan mereka yang pernah menginap di asrama tersebut untuk menghadiri mesyuarat agung yang pertama selepas memperoleh sijil pendaftaran persatuan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tarikh mesyuarat ialah pada hari Ahad, bersamaan 3hb April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak Kuala Lumpur bermula pada jam 10.00 pagi. Bayaran yang dikenakan bagi menyertai mesyuarat ini ialah sebanyak RM20.00 seorang, iaitu RM10.00 untuk yuran pendaftaran dan selebihnya untuk makanan. Sehubungan itu, anda dikehendaki mendaftar dengan nama-nama yang akan diberikan:

Encik Saifuddin Bin Mohd. menerusi talian bimbitnya, 013-3643303,

Puan Sariah Binti Nordin menerusi talian bimbitnya, 013-3411066 ataupun

Puan Norma Binti Mat Rifin menerusi talian bimbitnya, 013-3917422.



Nota: Pengumuman ini dibawa dengan kerjasama daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


4. Iklan Minggu Ini

1. Jualan produk makanan PERTIS. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kek bersalut cheese dan coklat yang sedap dan lazat dengan harga RM 10 hingga RM 40. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan produk lain iaitu biji gajus, seronding daging, ayam dan ikan serta mini popia berintikan seronding ikan. Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan, anda bolehlah menghubungi En Zamzuri bin Ghani (BK PERTIS di talian 0193869700.Sebahagian dari keuntungan dari produk tersebut akan dimasukkan ke dalam dana PERTIS..

2. Penyegar/pewangi udara ‘Wonder Wavers’ Sesiapa yang berminat untuk membeli penyegar/pewangi udara (air freshner) berperisa buah-buahan seperti limau, vanila, stroberi, jasmin, ceri dan pinakulada bolehlah juga menghubungi En Zamzuri Bin Ghani (BK PERTIS) di talian 0193869700.Untuk pengetahuan semua, ia sesuai digunakan untuk mewangikan almari, kereta, beg dan bilik air. pewangi tersebut boleh bertahan dua hingga 4 minggu sahaja. Harganya ialah RM3.60. Bagi yang berminat menjadi agen jualan juga amat dialu-alukan. Sebahagian dari keuntungan akan dimasukkan ke dana PERTIS.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment