ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 15, 2011

Pengumuman 14 Mac 2011

TeleMaklumat PERTIS (14 Mac 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 Mac 2011, bersamaan 9 Rabi’ul-Akhir 1432 Hijrah.


1. Perletakan Jawatan Naib Yang Di-Pertua PERTIS.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa En. Mohd Hafiz bin Halim telah pun meletakkan jawatannya selaku Naib Yang Dipertua PERTIS berkuat kuasa serta merta bermula pada 10 Mac 2011. Menurut kandungan surat beliau, alasan perletakan jawatan beliau ialah atas sebab-sebab peribadi. Dengan itu, Jawatankuasa Pusat PERTIS menerusi mesyuaratnya pada 12 Mac lalu telah menerima perletakan jawatan beliau. Ekoran itu, mesyuarat berkenaan juga telah menetapkan keputusan dan langkah berikut:

A. Kedudukan jawatan Naib Yang Di-Pertua akan dibiarkan kosong sehingga satu pemilihan baru akan dibuat dalam mesyuarat PERTIS kali ke-16 yang akan berlangsung dalam tempoh sekitar tiga bulan lagi.

B. En. Zamzuri bin Ghani akan memangku jawatan Pengerusi Biro Kewangan Dan Pembangunan Keusahawanan yang telah ditinggalkan oleh En. Mohd Hafiz.

C. En. Mohd Bukhari bin Zakaria pula akan mengambil alih tugas penyelaras PERTIS Kelantan.

D. Semua AJK Kecil Biro Kewangan Dan Pembangunan Keusahawanan akan dikekalkan.


2. Satu lagi sesi demo penggunaan panel E-Braille Quran Teaching Aid akan diadakan. Kali ini, sesi berkenaan akan diadakan di Hotel Premula, Kuala Terengganu. Sesi tersebut akan diadakan pada 14 dan 15 Mac 2011. Sesi ini juga di bawah penganjuran PERTIS Pusat dan juga pasukan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Untuk maklumat bersama, sesi demo berkenaan akan dibuka kepada kunjungan orang ramai pada 15 Mac 2011 (Selasa). Di sebelah pagi, sesi demo akan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Manakala di sebelah petang pula, sesi akan bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang. Sesi berkenaan akan diadakan di bilik Gamilan 4, Hotel Premula, Kuala Terengganu. Dengan ini, kami mempersilakan khususnya kepada ahli-ahli PERTIS di kawasan sekitar, ahli-ahli bersekutu PERTIS dan juga kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi sesi demo berkenaan pada masa sebagaimana dimaklumkan di atas.


3. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.


4. Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni SMPK Setapak
Dengan rasa penuh sukacita, kami ingin menjemput semua bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan mereka yang pernah menginap di asrama tersebut untuk menghadiri mesyuarat agung yang pertama selepas memperoleh sijil pendaftaran persatuan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tarikh mesyuarat ialah pada hari Ahad, bersamaan 3hb April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak Kuala Lumpur bermula pada jam 10.00 pagi. Bayaran yang dikenakan bagi menyertai mesyuarat ini ialah sebanyak RM20.00 seorang, iaitu RM10.00 untuk yuran pendaftaran dan selebihnya untuk makanan. Sehubungan itu, anda dikehendaki mendaftar dengan nama-nama yang akan diberikan:

Encik Saifuddin Bin Mohd. menerusi talian bimbitnya, 013-3643303,

Puan Sariah Binti Nordin menerusi talian bimbitnya, 013-3411066 ataupun

Puan Norma Binti Mat Rifin menerusi talian bimbitnya, 013-3917422.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment