ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 1, 2011

Pengumuman 28 Feb 2011

TeleMaklumat PERTIS (28 Februari 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 28 Februari 2011, bersamaan 25 RABI’UL AWWAL 1432 Hijrah.


1. Seluruh saf kepimpinan Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang terlibat dalam Kempen Menderma Darah anjuran PERTIS/MAB/PDN baru-baru ini. Semoga setitis darah yang didermakan berupaya memberi impak positif dan begitu besar nilainya kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah S.W.T. akan menilainya sebagai sebahagian daripada amalan jariah kita di samping mengurnia-ganti dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah disumbangkan. Biro juga memohon ribuan kemaafan seandainya kedapatan apa-apa kelemahan dan ketidakpuasan hati sepanjang majlis berlangsung justeru ini merupakan program pertama anjuran Biro yang melibatkan penyertaan orang ramai sejak saya mengambil alih jawatan pada bulan Januari 2011 yang lalu.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan PERTIS Bil. 2/2011 akan diadakan pada hari Jumaat, 29 Rabi'ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 4 Mac 2011, bermula jam 3.30 petang. Sehubungan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli/bukan ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menyelesaikan segala urusan rasmi sebelum 1.00 tengah hari, 4 Mac 2011. Ia penting bagi membolehkan semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat PERTIS Malaysia terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Segala kesulitan amatlah dikesali serta didahului dengan ucapan ribuan kemaafan.

3. Satu lagi sesi demo penggunaan panel E-Braille Quran Teaching Aid akan diadakan. Kali ini, sesi berkenaan akan diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Sesi tersebut akan diadakan pada 14 dan 15 Mac 2011 yang akan datang. Sesi ini juga di bawah penganjuran PERTIS Pusat dan juga pasukan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadual lengkap mengenai sesi demo berkenaan akan diwar-warkan menerusi teleinfo ini pada minggu hadapan, insha-Allah. Dengan ini, kami mempersilakan khususnya kepada ahli-ahli PERTIS di kawasan sekitar dan juga kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi sesi demo berkenaan pada masa yang akan dimaklumkan nanti.

4. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.


5. Iklan Minggu Ini

Dapatkan segera produk terapi kesihatan Minyak Magnetic Aura! Satu produk baru yang terdapat di pasaran. Pelbagai penyakit mampu dirawat dengan kaedah ini.
Antaranya:
-PENYAKIT TULANG
-LENGUH SENDI
-KEBAS KEBAS
-KELESUAN
-KENCING MANIS
-DARAH TINGGI
-SUKAR TIDUR
-SAKIT KEPALA (MIGRINE)
-RAMBUT GUGUR
-SANGAT SESUAI UNTUK PELAJAR (CERGAS DAN CERDAS)
-BERSUKAN DAN KERJA BERAT
-BUASIR
-BERHENTI MEROKOK
-URUTAN TENAGA BATIN

RAMUAN minyak terapi kesihatan Magnetic Aura adalah:
- minyak bunga matahari
- air magnetik (formula daripada U.K.)
- wangian bebas alcohol.

CARA MENGUNAKAN MINYAK MAGNETIC AURA INI.
-- DISAPU SECARA LUARAN DI PERGELANGAN NADI LENGAN, TENGKUK, BETIS SERTA TAPAK KAKI. DI WAKTU PAGI DAN PETANG. JUGA BAIK DIGUNAKAN SEDIKIT DIRAMBUT.
-- TERBAIK BOTOL DISIMPAN DI DALAM POKET UNTUK BERTENAGA
-- DISAPUKAN DIBAWAH BEKAS MINUMAN DAN AIRNYA DIMINUM
-- DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK URUTAN TENAGA BATIN. MAMPU MEMULIHKAN 6000 URUT SARAF.
-- Sesuai untuk semua , kecuali perempuan mengandung, kanak-kanak bawah 5 tahun, luka terdedah, luka dalaman dan Pesakit jantung guna bateri jantung)‏, pesakit kritikal, pesakit alahan yang melampau.

Memiliki sebotol Minyak Magnetic Aura bersaiz 15 ML yang berharga hanya RM29.90 sahaja, ibarat anda sudah membeli gelang magnetic yang berharga ratusan ringgit. Pelbagai testimony keberkesanan produk ini sudah diperolehi. Layari http://www.auramagnetic2u.com/serembanaura untuk maklumat lanjut.
Cepat!!! Dapatkan segera produk kesihatan Minyak Magnetic Aura ini! Hubungi Cikgu Wan Mohd Suhaimi di talian 0176838050.

MAGNETIC AURA - ALAMILAH PERBEZAANNYA!!!


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment