ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Wednesday, March 30, 2011

Pengumuman 28 Mac 2011

TeleMaklumat PERTIS (28 Mac 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 28 Mac 2011, bersamaan 23 Rabi’ul-Akhir 1432 Hijrah.

1. Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:

Tarikh Mesyuarat Agung
10 April 2011 PERTIS Wilayah Pahang
23 April 2011 PERTIS Wilayah Kelantan
30 April 2011 PERTIS Wilayah Kedah
30 April 2011 PERTIS Wilayah Terengganu
1 Mei 2011 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.

2 Jemputan Ke Majlis Walimatul Urus.

saya Nursyafawati binti Arshukri dan pasangan, Muhammad Fahsyar bin idris ingin menjemput seluruh warga OKU penglihatan seisi keluarga ke majlis perkahwinan saya pada 30 April 2011. bas akan desediakan dan akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 7.30 pagi. bayaran RM25.00 akan dikenakan setiap seorang. pendaftaran terhad kepada 88 orang yang pertama. untuk mendaftar sila hubungi En.Fadil di talian 017-3605344 atau cik Rosmawati di talian 012-2603512. kehadiran anda amat dialu-alukan.


3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.

4. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO OKU PENGLIHATAN:-

4.1 Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Negeri Perak Darul Ridzuan (POKUP) akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan/Koperasi pada hari Sabtu hingga Isnin, 26 hingga 28 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 30 April hingga 2 Mei 2011 Masihi bertempat di Akademi Belia Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM60.00 seorang. Manakala bagi peserta di bawah umur 11 tahun, caj penyertaan ialah RM40.00 seorang. Kos merangkumi caj pengangkutan, penginapan dan makanan. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada jam 9.00 pagi, Sabtu, 26 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 30 April 2011 Masihi. Untuk tujuan pendaftaran dan sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ahmad Nizar, Bendahari POKUP di talian, 012-525 1190 atau En. Mohamad Sabri bin Jahaya, AJK POKUP di talian, 013-341 9093. Ambil maklum bahawa pendaftaran Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran penyertaan dijelaskan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Ahad, 6 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 10 April 2011 Masihi. “POKUP – TERAS PERJUANGAN WARGA OKU PERAK DARUL RIDZUAN; MENJANA KECEMERLANGAN BERTERUSAN”.

4.2 Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni SMPK Setapak.
Dengan rasa penuh sukacita, kami ingin menjemput semua bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan mereka yang pernah menginap di asrama tersebut untuk menghadiri mesyuarat agung yang pertama selepas memperoleh sijil pendaftaran persatuan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tarikh mesyuarat ialah pada hari Ahad, bersamaan 3hb April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak Kuala Lumpur bermula pada jam 10.00 pagi. Bayaran yang dikenakan bagi menyertai mesyuarat ini ialah sebanyak RM20.00 seorang, iaitu RM10.00 untuk yuran pendaftaran dan selebihnya untuk makanan. Sehubungan itu, anda dikehendaki mendaftar dengan nama-nama yang akan diberikan:

Encik Saifuddin Bin Mohd. menerusi talian bimbitnya, 013-3643303,

Puan Sariah Binti Nordin menerusi talian bimbitnya, 013-3411066 ataupun

Puan Norma Binti Mat Rifin menerusi talian bimbitnya, 013-3917422.



Nota: Pengumuman ini dibawa dengan kerjasama daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


5. Iklan Minggu Ini

1. Jualan produk makanan PERTIS. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kek bersalut cheese dan coklat yang sedap dan lazat dengan harga RM 10 hingga RM 40. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan produk lain iaitu biji gajus, seronding daging, ayam dan ikan serta mini popia berintikan seronding ikan. Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan, anda bolehlah menghubungi En Zamzuri bin Ghani (BK PERTIS di talian 0193869700.Sebahagian dari keuntungan dari produk tersebut akan dimasukkan ke dalam dana PERTIS.
2. Penyegar/pewangi udara ‘Wonder Wavers’ Sesiapa yang berminat untuk membeli penyegar/pewangi udara (air freshner) berperisa buah-buahan seperti limau, vanila, stroberi, jasmin, ceri dan pinakulada bolehlah juga menghubungi En Zamzuri Bin Ghani (BK PERTIS) di talian 0193869700.Untuk pengetahuan semua, ia sesuai digunakan untuk mewangikan almari, kereta, beg dan bilik air. pewangi tersebut boleh bertahan dua hingga 4 minggu sahaja. Harganya ialah RM3,60. Bagi yang berminat menjadi agen jualan juga amat dialu-alukan. Sebahagian dari keuntungan akan dimasukkan ke dana PERTIS.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

No comments:

Post a Comment